Akhlak yang buruk merupakan satu dosa yang tidak akan diampunkan manakala sangkaan yang buruk adalah satu kejahatan yang berat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

سوء الخلق ذنب لا يغفر، وسوء الظن خطيئة تفوح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akhlak yang buruk merupakan satu dosa yang tidak akan diampunkan manakala sangkaan yang buruk adalah satu kejahatan yang berat.

STATUS

Batil yang tiada asal baginya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 15, hadis nombor 17. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل لا أصل له) ((سوء الخلق ذنب لا يغفر، وسوء الظن خطيئة تفوح)).
[((الضعيفة)) (125)]

(Batil yang tiada asal baginya) Akhlak yang buruk merupakan satu dosa yang tidak akan diampunkan manakala sangkaan yang buruk adalah satu kejahatan yang berat.
[Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.125]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.