Merdekakan atau peganglah hamba perempuan yang mengembala ternakan kambing

TEKS BAHASA ARAB

أن رجلا كانت له جارية في غنم ترعاها، وكانت شاة صفي – يعني: غزيرة – في غنمه تلك، فأراد أن يعطيها نبي الله ﷺ، فجاء السبع، فانتزع ضرعها، فغضب الرجل؛ فصك وجه جاريته، فجاء نبي الله ﷺ فذكر ذلك له، وذكر أنها كانت عليه رقبة مؤمنة وافية، قد هم أن يجعلها إياها حين صكها، فقال له النبي ﷺ: ايتني بها. فسألها النبي ﷺ: أتشهدين أن لا إله إلا الله؟ قالت: نعم. وأن محمدا رسول الله؟» قالت: نعم. وأن الموت والبعث حق؟ قالت: نعم. وأن الجنة والنار حق؟ قالت: نعم. فلما فرغ؛ قال: أعتق أو أمسك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa seorang lelaki pernah mempunyai seorang hamba perempuan yang menjaga (mengembala) ternakan kambing, dan dalam kalangan kambingnya terdapat seekor kambing yang bening (mempunyai banyak susu). Lelaki itu mahu memberikannya kepada Nabi SAW, lalu datang binatang liar (buas) lalu mencarik kantung susunya, lalu lelaki itu marah dan menampar muka hamba perempuannya. Lalu Nabi SAW datang dan dia menceritakan apa yang berlaku. Dia juga menyebutkan dia perlu membebaskan hamba yang beriman dan sempurna. Dia telah berazam untuk menjadikannya sebagai hamba yang dibebaskan ketika dia menamparnya. Lalu Nabi SAW berkata kepadanya: Datangkan dia kepadaku (hamba itu). Lalu Nabi SAW bertanya kepadanya: Adakah engkau bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah? Dia menjawab: Benar. Bahawa Muhammad itu Rasulullah. Dia menjawab: Benar. Juga sesungguhnya kematian dan kebangkitan adalah pasti? Dia menjawab: benar. Juga bahawa syurga dan neraka adalah pasti? Dia menjawab: benar. Setelah selesai baginda berkata: Lepaskan dia (merdekakan hamba itu) atau peganglah dia.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 713, hadis nombor 3647. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر بزيادة: (أو أمسك))
عن عطاء: أن رجلا كانت له جارية في غنم ترعاها، وكانت شاة صفي – يعني: غزيرة – في غنمه تلك، فأراد أن يعطيها نبي الله ﷺ، فجاء السبع، فانتزع ضرعها، فغضب الرجل؛ فصك وجه جاريته، فجاء نبي الله ﷺ فذكر ذلك له، وذكر أنها كانت عليه رقبة مؤمنة وافية، قد هم أن يجعلها إياها حين صكها، فقال له النبي ﷺ: ايتني بها. فسألها النبي ﷺ: أتشهدين أن لا إله إلا الله؟ قالت: نعم. وأن محمدا رسول الله؟» قالت: نعم. وأن الموت والبعث حق؟ قالت: نعم. وأن الجنة والنار حق؟ قالت: نعم. فلما فرغ؛ قال: أعتق أو أمسك. قلت: أثبت هذا؟ قال: نعم؛ وزعموا. وحدثنيه أبو الزبير. فولدت بعد ذلك في قريش.
[عب، ((الضعيفة)) (6565)].

(Munkar dengan tambahan lafaz: “atau peganglah”)
Daripada Ata’: Bahawa seorang lelaki pernah mempunyai seorang hamba perempuan yang menjaga (mengembala) ternakan kambing, dan dalam kalangan kambingnya terdapat seekor kambing yang bening (mempunyai banyak susu). Lelaki itu mahu memberikannya kepada Nabi SAW, lalu datang binatang liar (buas) lalu mencarik kantung susunya, lalu lelaki itu marah dan menampar muka hamba perempuannya. Lalu Nabi SAW datang dan dia menceritakan apa yang berlaku. Dia juga menyebutkan dia perlu membebaskan hamba yang beriman dan sempurna. Dia telah berazam untuk menjadikannya sebagai hamba yang dibebaskan ketika dia menamparnya. Lalu Nabi SAW berkata kepadanya: Datangkan dia kepadaku (hamba itu). Lalu Nabi SAW bertanya kepadanya: Adakah engkau bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah? Dia menjawab: Benar. Bahawa Muhammad itu Rasulullah. Dia menjawab: Benar. Juga sesungguhnya kematian dan kebangkitan adalah pasti? Dia menjawab: benar. Juga bahawa syurga dan neraka adalah pasti? Dia menjawab: benar. Setelah selesai baginda berkata: Lepaskan dia (merdekakan hamba itu) atau peganglah dia. Aku bertanya: Adakah (hadis) ini sabit? Dia menjawab: Ya. Mereka juga berpendapat begitu. Ia diceritakan kepadaku oleh Abu al-Zubayr. Setelah itu perempuan itu bersalin dalam kalangan Quraisy.
[Riwayat Abd al-Razzaq dalam Musannaf. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6565].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs