Datanglah suatu catatan daripada bawah Arasy dan tertulis padanya jaminan keselamatan daripada api neraka

TEKS BAHASA ARAB

من سمع المؤذن يؤذن؛ فقال كما يقول، ثم يقول: رضيت بالله ربا، وبالإسلام ديناً، وبمحمد ﷺ نبياً، وبالقرآن إماماً، وبالكعبة قبلة؛ أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله، اللهم! اكتب شهادتي هذه في عليين، وأشهد عليها ملائكتك المقربين، وأنبياءك المرسلين، وعبادك الصالحين، واختم عليها بـ(آمين)، واجعلها لي عندك عهداً توفينيه يوم القيامة إنك لا تخلف الميعاد؛ بدرت إليه بطاقة من تحت العرش فيها أمانه من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mendengar muazzin (tukang azan) melaungkan azan, lalu dia mengulangnya dengan lafaz yang dia ucapkan kemudian dia membaca: Aku reda akan Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, Muhammad sebagai nabi, al-Quran sebagai petunjuk, Kaabah sebagai kiblat. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa dan tiada sekutu baginya. Aku juga bersaksi bahawa Muhammad itu hamba-Nya dan pesuruh-Nya. Ya Allah! Tulislah penyaksianku ini di dalam kitab ‘illiyyin. Persaksikanlah ia kepada para malaikat-Mu yang hampir (kepada-Mu), para nabi-Mu yang diutuskan, para hamba-Mu yang soleh dan sudahilah ia dengan Amin. Jadikanlah ia untukku di sisi-Mu sebagai janji yang Engkau akan kotakan ia kepadaku pada hari kiamat, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Maka akan datanglah suatu catatan daripada bawah Arasy, padanya tertulis kelepasannya daripada api neraka (menjamin keselamatannya daripada api neraka).

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 713, hadis nombor 3645. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جداً؛ شبه موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: من سمع المؤذن يؤذن؛ فقال كما يقول، ثم يقول: رضيت بالله ربا، وبالإسلام ديناً، وبمحمد ﷺ نبياً، وبالقرآن إماماً، وبالكعبة قبلة؛ أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله، اللهم! اكتب شهادتي هذه في عليين، وأشهد عليها ملائكتك المقربين، وأنبياءك المرسلين، وعبادك الصالحين، واختم عليها بـ(آمين)، واجعلها لي عندك عهداً توفينيه يوم القيامة إنك لا تخلف الميعاد؛ بدرت إليه بطاقة من تحت العرش فيها أمانه من النار.
[البيهقي في ((الدعوات الكبير))، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (6714)].

(Sangat Munkar, seakan-akan Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mendengar muazzin (tukang azan) melaungkan azan, lalu dia mengulangnya dengan lafaz yang dia ucapkan kemudian dia membaca: Aku reda akan Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, Muhammad sebagai nabi, al-Quran sebagai petunjuk, Kaabah sebagai kiblat. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa dan tiada sekutu baginya. Aku juga bersaksi bahawa Muhammad itu hamba-Nya dan pesuruh-Nya. Ya Allah! Tulislah penyaksianku ini di dalam kitab ‘illiyyin. Persaksikanlah ia kepada para malaikat-Mu yang hampir (kepada-Mu), para nabi-Mu yang diutuskan, para hamba-Mu yang soleh dan sudahilah ia dengan Amin. Jadikanlah ia untukku di sisi-Mu sebagai janji yang Engkau akan kotakan ia kepadaku pada hari kiamat, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Maka akan datanglah suatu catatan daripada bawah Arasy, padanya tertulis kelepasannya daripada api neraka (menjamin keselamatannya daripada api neraka).
[Riwayat al-Baihaqi dalam al-Da’awat al-Kabir, al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6714].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs