TEKS BAHASA ARAB
تغطية الرأس بالنهار فقه، وبالليل ريبة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Menutup kepala pada siang hari itu fiqh(kefahaman yang mendalam tentang adab dan etika berpakaian) dan (menutup kepala) pada malam hari itu pula adalah faktor yang boleh menimbulkan keraguan (seperti halnya orang yang ingin mencuri atau berbuat jahat).
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1646, hadis nombor 8320. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن وائلة بن الأسقع -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((تغطية الرأس بالنهار فقه، وبالليل ريبة)). [عد، ((الضعيفة)) (7156)].
(Sangat Lemah)
Daripada Wathilah Bin al-Asqa’ RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Menutup kepala pada siang hari itu fiqh(kefahaman yang mendalam tentang adab dan etika berpakaian) dan (menutup kepala) pada malam hari itu pula adalah faktor yang boleh menimbulkan keraguan (seperti halnya orang yang ingin mencuri atau berbuat jahat))).
[Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7156].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.