Apabila salah seorang daripada kalian mahu meminang seorang wanita

TEKS BAHASA ARAB

إذا خطب أحدكم المرأة، فليسأل عن شعرها، كما يسأل عن جمالها. فإن الشعر أحد الجمالين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang daripada kalian mahu meminang seorang wanita, maka hendaklah dia bertanya tentang rambutnya, seperti mana dia bertanya tentang kecantikannya. Sesungguhnya rambut itu salah satu daripada dua kecantikan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 922, hadis nombor 4733. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن علي -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا خطب أحدكم المرأة، فليسأل عن شعرها، كما يسأل عن جمالها. فإن الشعر أحد الجمالين)).
[فر، ((الضعيفة)) (1611)].

(Palsu)
Diriwayatkan daripada ‘Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada NAbi SAW): Apabila salah seorang daripada kalian mahu meminang seorang wanita, maka hendaklah dia bertanya tentang rambutnya, seperti mana dia bertanya tentang kecantikannya. Sesungguhnya rambut itu salah satu daripada dua kecantikan.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1611].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs