Apabila seorang wanita berkata kepada suaminya

TEKS BAHASA ARAB

إذا قالت المرأة لزوجها: ما رأيت منك خيرا قط، فقد حبط عملها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seorang wanita berkata kepada suaminya: “Aku tidak pernah melihat kebaikan pada dirimu”, maka amalannya telah terhapus.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 922, hadis nombor 4734. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((إذا قالت المرأة لزوجها: ما رأيت منك خيرا قط، فقد حبط عملها)).
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1632)].

(Palsu)
Diriwayatkan daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seorang wanita berkata kepada suaminya: “Aku tidak pernah melihat kebaikan pada dirimu”, maka amalannya telah terhapus.
[Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1632].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.