TEKS BAHASA ARAB
لبس الخرقة المشهورة للصوفية بالإسناد إلى الحسن البصري وأنه لبسها من علي بن أبي طالب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Memakai perca kain yang terkenal bagi golongan sufi dengan sanad kepada al-Hasan al-Basri. Juga bahawa dia memakainya daripada Ali bin Abi Talib.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 88, hadis nombor 36. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ومنها: ما اشتهر من لبس الخرقة المشهورة للصوفية بالإسناد إلى الحسن البصري وأنه لبسها من علي بن أبي طالب. قال ابن دحية: باطل. وكذا قال ابن الصلاح.
Antaranya lagi: (Kisah) yang tersebar mengenai memakai perca kain yang terkenal bagi golongan sufi dengan sanad kepada al-Hasan al-Basri. Juga bahawa dia memakainya daripada Ali bin Abi Talib. Ibn Dihyah berkata: Batil. Ibn al-Solah juga berkata demikian.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.