TEKS BAHASA ARAB
ما سعد من سعد إلا بالدعاء، وما شقي من شقي إلا بالدعاء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Seseorang itu tidak akan berbahagia kecuali dengan doa, tidak akan celaka mereka yang celaka kecuali dengan doa.
STATUS
Tidak diketahui
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 120, hadis nombor 148. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قَالَ ابْنُ تَيْمِيَةَ: لَا يُعْرَفُ.
Ibn Taimiyyah telah berkata: Hadis ini tidak diketahui.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.