Bahawa Bilal RA telah menukarkan (huruf) syin kepada (huruf) sin pada azan

TEKS BAHASA ARAB

أن بلالا رضي الله عنه كان يبدل الشين سينا في الأذان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa Bilal RA telah menukarkan (huruf) syin kepada (huruf) sin pada azan.

STATUS

Tiada asal baginya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 89, hadis nombor 37. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وما اشتهر على الألسنة من أن بلالا رضي الله عنه كان يبدل الشين سينا في الأذان لم يرد في شيء من الكتب.

Juga riwayat yang masyhur di lidah-lidah (orang) bahawa Bilal RA telah menukarkan (huruf) syin kepada (huruf) sin pada azan. (Ini) tidak diriwayatkan pada suatupun kitab-kitab.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs