Matahari dikembalikan untuk Ali

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: رد الشمس لعلي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Matahari dikembalikan untuk Ali.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 88, hadis nombor 224. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَهُوَ مَا ذكره الدولابي عَن الْحُسَيْن بن عَليّ قَالَ: كَانَ رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم فِي حجر عَليّ وَهُوَ يوحي إِلَيْهِ فَلَمَّا سري عَنهُ قَالَ: " يَا عَليّ، صليت الْعَصْر؟ " قَالَ: لَا، قَالَ: " اللَّهُمَّ إِنَّه كَانَ فِي حَاجَتك وحاجة رَسُولك فَرد عَلَيْهِ الشَّمْس " فَردهَا عَلَيْهِ فصلى وَغَابَتْ. قَالَ الْعلمَاء: مَوْضُوع، وَلم ترد الشَّمْس لأحد، وَإِنَّمَا حبست ليوشع، لَكِن قَالَ ابْن الديبع: صَححهُ الطَّحَاوِيّ، وَصَاحب الشِّفَاء، وَأخرجه ابْن مَنْدَه، وَابْن شاهين. قَالَ عَليّ قاري: وَلَعَلَّ الْمَنْفِيّ ردهَا بِأَمْر عَليّ، والمثبت بدعائه صلى الله عَلَيْهِ وَسلم.

Ia seperti yang disebutkan oleh al-Dawlabi daripada al-Husain bin ‘Ali, beliau berkata: Rasulullah SAW pernah berada dalam bilik Ali dan diturunkan wahyu kepada Baginda. Maka, tatkala selesai daripadanya, Baginda berkata: Wahai ‘Ali, kamu sudah solat Asar? Beliau berkata: Belum. Baginda berkata: Ya Allah! Sesungguhnya dia tadi sedang memenuhi hajat-Mu dan hajat rasul-Mu, maka kembalikanlah buatnya matahari. Lalu Dia mengembalikan matahari tersebut buatnya lalu beliau solat dan ia terbenam. Ulama berkata: Ia palsu, matahari tidak pernah dikembalikan untuk sesiapa, akan tetapi ia pernah ditahan untuk Nabi Yusha‘. Ibn al-Daiba‘ berkata: al-Tahawi menilainya sahih. Begitu juga pemilik kitab al-Shifa‘. Ibn Mandah dan Ibn Shahin turut meriwayatkannya. Ali Qari berkata: Boleh jadi penafiannya adalah kerana urusan Ali dan pensabitan adalah kerana doa baginda SAW.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.