Berkenaan ketika al-Husain ditimpa sakit dan nazar ahli bayt dengan melakukan puasa selama tiga hari

TEKS BAHASA ARAB

في مرض الحسين ونذر أهل البيت صيام ثلاثة وصيامهم بعد البئر وليس عندهم شيء فاستقرضوا صاعا ووقف الفقير على الباب حين الإفطار وتصدقوا عليه وصاموا على الصيام وهكذا ثلاثة أيام مع شدة جوعهم وارتعاشهم كالفرخ بسببه ونزول هل أتى على الإنسان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berkenaan ketika al-Husain ditimpa sakit dan nazar ahli bayt dengan melakukan puasa selama tiga hari. Mereka tidak mempunyai apa pun. Lalu mereka meminjam segantang dan ada orang yang fakir berdiri di hadapan pintu ketika waktu berbuka. Mereka bersedekah dan berpuasa. Begitulah yang mereka lakukan selama tiga hari ditambah pula dengan kelaparan mereka bergetar ketakutan disebabkan turunnya ayat dari Surah al-Insan.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 99. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قَالَ الْحَكِيم التِّرْمِذِيّ حَدِيث لَيْث عَن مُجَاهِد عَن ابْن عَبَّاس «فِي مَرَضِ الْحُسَيْنِ وَنَذْرِ أَهْلِ الْبَيْتِ صِيَامُ ثَلاثَةٍ وَصِيَامُهُمْ بَعْدَ الْبِئْرِ وَلَيْسَ عِنْدَهُمْ شَيْءٌ فَاسْتَقْرَضُوا صَاعًا وَوَقَفَ الْفَقِيرُ عَلَى الْبَابِ حِينَ الإِفْطَارِ وَتَصَدَّقُوا عَلَيْهِ وَصَامُوا عَلَى الصِّيَامِ وَهَكَذَا ثَلاثَةَ أَيَّامٍ مَعَ شِدَّةِ جُوعِهِمْ وَارْتِعَاشِهِمْ كَالْفَرْخِ بِسَبَبِهِ وَنُزُولِ هَلْ أَتَى عَلَى الإِنْسَانِ» حَدِيثٌ مُفْتَعَلٌ تُنْكِرُهُ الْقُلُوبُ.

al-Hakim al-Tirmizi berkata: Hadith Laith daripada Mujahid daripada Ibn ‘Abbas:
“Berkenaan ketika al-Husain ditimpa sakit dan nazar ahli bayt dengan melakukan puasa selama tiga hari. Mereka tidak mempunyai apa pun. Lalu mereka meminjam segantang dan ada orang yang fakir berdiri di hadapan pintu ketika waktu berbuka. Mereka bersedekah dan berpuasa. Begitulah yang mereka lakukan selama tiga hari ditambah pula dengan kelaparan mereka bergetar ketakutan disebabkan turunnya ayat dari Surah al-Insan.” Hadith ini salah satu rekaan yang ditolak hati sanubari.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs