Manusia yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah manusia yang paling banyak memberikan manfaat kepada orang lain

TEKS BAHASA ARAB

أحب الناس إلى الله تعالى أنفعهم للناس وأحب الأعمال إلى الله تعالى تدخله على مسلم أو تكشف عنه كربة أو تقضي عنه دينا، أو تطرد عنه جوعا. ولأن أمشي مع أخ في حاجة أحب إلي من أن أعتكف في هذا المسجد يعني مسجد المدينة شهرا. ومن كف غضبه ستر الله عورته ومن كظم غيظه ولو شاء أن يمضيه أمضاه ملأ الله قلبه رجاء يوم القيامة. ومن مشى مع أخيه في حاجة حتى يتهيأ له أثبت الله قدمه يوم تزول الأقدام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah manusia yang paling banyak memberikan manfaat kepada orang lain. Amalan yang paling disukai oleh Allah SWT adalah mengambil tahu urusan muslim yang lain atau membantu kepayahan yang dihadapinya atau melunaskan hutangnya atau menghilangkan kelaparannya. Aku berjalan bersama saudaraku kerana ingin menunaikan satu hajat, lebih aku sukai berbanding beriktikaf di masjid ini iaitu Masjid Madinah selama sebulan. Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan menutup aibnya. Sesiapa yang menahan amarahnya, sekalipun jika dia mahu, dia boleh melepaskannya, maka Allah akan penuhkan hatinya dengan pengharapan pada hari Kiamat dan sesiapa yang berjalan bersama saudaranya untuk melunaskan satu hajat hinggalah selesai hajatnya, maka Allah akan tetapkan kakinya pada hari di mana kesemua kaki rebah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 180-182, hadis nombor 161. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف وفي متنه نكارة.
أخرجه الطبراني في الكبير (ج 12/ رقم 13646) وفي الأوسط كما في المجمع (8/ 194) وفي الصغير (2/ 35) ، والشجري في الآمالي (2/ 177) ، وابن حبان في المجروحي (1/360) مختصرا من طريق عبد الرحمن بن قيس الضبي، ثنا سكين بن سراج ثنا عمرو بن دينار عن ابن عمر أن رجلا جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله أي الناس أحب إلى الله تعالى؟ وأي الأعمال أحب إلى الله تعالى؟.
قال. فذكره. قال الطبراني: لم يروه عن عمرو بن دينار إلا سكين بن سراج ويقال: ابن أبي سراج البصري تفرد به عبد الرحمن بن قيس.
قلت: وهذا سند واه جدا. أما عبد الرحمن بن قيس كذبه ابن مهدي. وقال صالح بن محمد: كان يضع الحديث. وتركه أحمد والنسائي. وسكين بن سراج قال فيه ابن حبان: يروي الموضوعات عن الإثبات والملزقات عن الثقات. وقال الهيثمي: ضعيف.
ولكن له طريق آخر. أخرجه ابن أبي الدنيا في قضاء الحوائج (36) من طريق بكر بن خنيس عن عبد الله بن دينار عن بعض أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم فذكره وفيه زيادة: وإن سوء الخلق يفسد العمل كما يفسد الخل العسل.
قلت: وهذا سند ضعيف. وبكر بن خنيس ضعفه النسائي وعمرو بن علي، ويعقوب بن شيبة وقال ابن معين في رواية: ليس بشيء.
وتركه الدارقطني وابن خراش وأحمد بن صالح المصري. ولكن قال أبو حاتم: لا يبلغ به الترك. كما في الجرح والتعديل (1/ 1/384) .
وقال الحافظ: صدوق له أغلاط. وهذا تسامح منه. لا سيما وقد قال في الفتح (9/ 243) : ضعيف. وهو الصواب. ثم بعد كتابة ما تقدم بزمان رأيت هذا الحديث في الصحيحة (906) لشيخنا حافظ الوقت ناصر الدين الألباني. فرأيته خرج من الطريقين المذكورين وقال عن الطريق الثاني: لكن جاء بإسناد خير من هذا فذكره ثم قال: وهذا إسناد حسن فان بكر بن خنيس صدوق له أغلاط كما قال للحافظ. وعبد الله بن دينار ثقة من رجال الشيخين فثبت الحديث الحمد لله تعالى.
قلت: كذا قال شيخنا حفظه الله تعالى. والصواب أن هذا الإسناد كان خيرا من الأول. فهو ضعيف؛ لما ذكرته من حال بكر بن خنيس. وقد قدمت ما في قول الحافظ وأنه تسامح فيه. لاسيما فقد ضعف شيخنا بكر بن خنيس في بعض تحقيقاته وانظر مثلا الصحيحة (رقم 491) و الضعيفة (رقم 11، 821، 1291) . فلو جعلنا هذا الإسناد أصلا وهو ضعيف والتمسنا له الشواهد المجدية لكان حسنا أما وشاهده ساقط فإن الحديث يظل ضعيفا.
وعليه فهذا الحديث يجب أن يكون من جملة الكتاب الآخر للشيخ وهو الضعيفة. والله أعلم.

Dha’if. Matannya terdapat tanda munkar. Ianya telah diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 12/ hadith : 13646) dan dalam al-Awsat sebagaimana dalam al-Majma’ (8/194) , juga dalaam al-Saghir (2/35), al-Shajari dalam al-Amali (2/177), dan Ibn Hibban dalam al-Majruhin (1/360) secara ringkas melalui sanad ‘Abd l-Rahman bin Qais al-Dhabbi, katanya Sukain bin Siraj telah menceritakan kepada kami, katanya ‘Amr bin Dinar telah menceritakan kepada kami daripada Ibn ‘Umar bahawa seorang lelaki telah datang menemui Nabi SAW, lalu berkata: "Wahai Rasululah! Manusia manakah paling dicintai oleh Allah? Dan amalan manakah yang paling dicintai oleh allah Ta’ala?". Baginda SAW menjawab. Beliau pun menyebutkan hadith tersebut. Al-Tabarani berkata: " ‘Amr bin dinar Tidak meriwayatkannya daripada selain Sukain bin Siraj dan disebut juga Ibn Abi Siraj al-Basri. ‘Abd al-Rahman bin Qais bersendirian meriwayatkannya".
Saya berkata: Sanad ini terlalu lemah. Adapun ‘Abd al-Rahman bin Qais telah dinilai pendusta oleh Ibn Mahdi. Soleh bin Muhammad berkata: "Beliau selalu memalsukan hadith". Ahmad dan al-Nasa’ei telah meninggalkan riwayat beliau. Sukain bin Siraj pula, Ibn Hibban berkata berkenaan beliau: "Beliau meriwayatkan hadith-hadith palsu daripada perawi-perawi yang kuat dan hadith-hadith al-Mulzaqat (penterjemah: Hadith yang diriwayatkan oleh perawi dha’if daripada perawi yang tidak pernah dia riwayatkan hadith daripadanya) daripada perawi-perawi thiqah".
Al-Haythami berkata: "Dha’if". Namun, hadith tersebut mempunyai sanad lain. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn Abi al-Dunya dalam Qadha’ al-Hawa’ij (36) melalui sanaad Bakar bin Khunais daripada ‘Abdulllah bin Dinar daripaada sebahagian sahabat Nabi SAW, lalu beliau menyebutkan hadith itu dan terdapat penambaha; "Sesungguhnya akhlak yang burukk boleh merosakkan amaalan sebagaimana cuka boleh merosakkan madu".
Saya berkata: Sanad ini dha’if. Bakar bin Khunais telah dinilai dha’if oleh Al-Nasa’ei, ‘Amr bin ‘Ali dan Ya’qub bin Shaybah. Ibn Ma’in dalam satu riwayat berkata: "Beliau tidak ada nilai". Al-Daraqutni, Ibn Khirash, dan Ahmad bin Soleh al-Misri telah meninggalkan riwayat beliau. Namun, Abu Hatim berkata: "Beliau tidak sampai peringkat ditinggalkan hadithnya". Sebagaimana dalam al-Jarh Wa al-Ta’dil (1/1/384).
Al-Hafiz berkata: "seorang yang saduq, namun mempunyai kesaalahan-kesalahan’. Ini adalah sikap bermudah-mudah al-Hafiz, apalagi beliau sendiri berkata dalam al-Fath (9243): "Dha’if’, inilah yang benar. Kemudian, setelah tulisan tersebut berlalu untuk satu tempoh, saya melihat hadith ini dalam al-Sahihah (906) oleh guru kami Hafiz zaman ini, iaitu Nasir al-Din al-Albani. Saya melihat beliau mengeluarkan hadith ini melalui dua sanad yang telah disebutkan, dan al-Syeikh berkata berkenaan sanad kedua: "Namun, telah diriwayatkan dengan sanad yang lebih baik berbanding sanad ini.." lalu beliau menyebutkan. Kemudian, beliau berkata: "Ini adalah sanad yang hasan, Bakar bin Khunais seorang yang saduq, namun melakukan beberapa kesilapan sebagaimana disebutkan oleh al-Hafiz. Manakala, Abd Allah bin Dinar pula seorang yang thiqah, termasuk dalam kategori perawi al-Bukhari dan Muslim. Oleh itu, hadith itu thabit. Alhamdulillah Ta’ala".
Saya berkata: Begitulah yang guru kami katakan. Hakikatnya, sanad ini sekalipun lebih baik berbanding sanad pertama, namun ianya tetap dha’if sebagaimana yang telah saya sebutkan berhubung status Bakar bin Khunais. Juga telah sayaa sebutkkan berkenaan kata-kata al-Hafiz itu dan beliau bermudah-mudah dalam penilaian tersebut. Apalagi, guru kami juga telah menilai Bakar bin Khunais sebagai dha’if dalam beberapa tempat pada penelitian-penelitian beliau, lihat sebagai contoh dalam al-Sahihah (hadith : 491), al-Dha’ifah (Hadith : 11, 821, 121). Kalaulah kita jadikan sanad ini sebagai yang asal, maka ianya dha’if. Lalu kiita cari sokongan yang kuat bagi riwayat beliau, hadith ini akan menjadi hasan. Namun, sokongan juga gugur (kelayakan untuk dijadikan penguat) maka hadith tersebut kekal dha’if. Oleh itu, hadith ini perlu dimasukkan dalam kategori kitab al-Syeikh yang lain iaitu al-Dha’ifah. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs