Baginda SAW telah melarang daripada masuk ke dalam air melainkan dengan memakai kain sarung

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نهى أن يدخل الماء إلا بمئزر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW telah melarang daripada masuk ke dalam air melainkan dengan memakai kain sarung.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1199, hadis nombor 6087. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جابر رضي الله عنه، قال: نهى صلى الله عليه وسلم أن يدخل الماء إلا بمئزر.
[ابن خزيمة، ك، ((الضعيفة)) (1504)]

(Lemah)
Daripada Jabir RA, katanya: Baginda SAW telah melarang daripada masuk ke dalam air melainkan dengan memakai kain sarung.
[Riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1504]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.