Semakin besar nikmat Allah kepada seorang hamba

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما عظمت نعمة الله على عبد إلا عظمت مؤونة الناس عليه، فمن لم يحتمل تلك المؤونة فقد عرض النعمة للزوال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semakin besar nikmat Allah kepada seorang hamba, semakin besar juga bantuan yang perlu dihulurkan kepada orang lain. Sesiapa yang tidak mahu menghulurkan bantuan, maka dia menyebabkan nikmat tersebut berpotensi untuk hilang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 203-206, hadis nombor 165. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه ابن عدي في الكامل (1/ 178) وأبو يعلى كما في كشف الخفاء (2/ 266) وابن حبان في الضعفاء (1/ 142) والخطيب في التاريخ (5/ 181- 182) وابن الجوزي في الواهيات (2/ 517- 518) من طريق أحمد بن معدان عن ثور بن يزيد عن خالد بن معدان عن معاذ بن جبل مرفوعاً فذكره. قال ابن عدي: أحمد بن معدان شيخ، يروي عن ثور بن يزيد الأوابد التي لا يجوز الاحتجاج بمن يروي مثلها. ثم قال وهذا ما رواه عن ثور إلا واهيان، ضعيفان: أحمد بن معدان، وابن عُلاثة.
قلت: وحديث ابن عُلاثة أخرجه ابن حبان أيضاً في ترجمته (2/ 280) قال: أخبرنا الحسن بن سفيان، قال: حدثنا عمرو بن الحصين قال: حدثنا ابن علاثة به. وهذا سند ضعيف جداً. وعمرو بن الحصين تركه الدارقطني وكذبه الخطيب. أما محمد بن علاثة فليس واهياً كما قال ابن حبان وإن تركه الدارقطني، واتهمه الأزدي بالكذب. وقد رد الخطيب على الأزدي فقال: أفرط الأزدي وأحسبه رُفعت إليه روايات عمرو بن الحصين عنه فكذبوه لأجلها، وإنما الآفة من ابن الحصين فأنه كذاب وأما ابن علاثة وصفه يحيى بن معين بالثقة. ولم أحفظ لأحد من الأئمة خلاف ما وصفه به يحيى. أهـ‍.
قلت: بل قال فيه البخاري: في حفظة نظر. وقال أبو حاتم: يكتب حديثه ولا يحتج به. وحاصل البحث في ابن علاثة أنه صدوق في حفظه ضعف.
فآفة الإسناد من جهة عمرو بن الحصين. ولذا قال أبو حاتم: حديث باطل. نقله عنه العراقي في المغني (3/ 245) .
وله شاهد من حديث ابن عباس رضي الله عنهما. أخرجه العقيلي في الضعفاء (ق 119/ 2) وعنه ابن الجوزي في الواهيات (2/ 518) من طريق عبد الرحمن بن عبد الله بن عطية عن ابن جريج عن عطاء عن ابن عباس مرفوعاً: أيما عبد أنعم عليه نعمة فأسبغها ثم جعل إليه شيئاً من حوائج الناس، فتبرم بها كان قد عرض تلك النعمة للزوال. قال العقيلي: عبد الرحمن بن عبد الله بن عطية، عن ابن جريج مجهول بنقل الحديث ولا يتابع على هذا. وفي هذا الباب أحاديث متقاربة في الضعف، ليس منها شيء يثبت. أهـ‍.
قلت: وابن جريج مدلس، وقد عنعنه. فقول المنذري في الترغيب (3/ 251) والهيثمي في المجمع (8/ 192) إسناده جيد ليس بجيد إلا أن يكون طريق الطبراني في الأوسط بخلاف هذا فإن كان كذلك ففي القلب شيء من حكمها لما عرفت عنهما من التسأهل في النقد. والله أعلم.
وشاهد آخر من حديث عائشة رضي الله عنها. أخرجه ابن أبي الدنيا في قضاء الحوائج (ص – 82) من طريق الحارث بن محمد التميمي ذكر عمرو بن الصلت خالى عن سعيد بن أبي سعيد عن هشام بن عروة عن أبيه عن عائشة مرفوعاً بلفظ حديث الباب.
قلت: والحارث: هو ابن أبي أسامة صاحب المسند، وهو صدوق وعمرو بن الصلت لعله المترجم في الجرح والتعديل (3/ 1/ 241) ولم يترجح لدي. فإن يكنه، فهو صدوق وسعيد بن أبي سعيد: هو الزبيدي. قال ابن عدي: أحاديثه ليست محفوظة. وقال الذهبي: لا يعرف وأحاديثه ساقطة.
وشاهد آخر من حديث ابن عمر رضي الله عنهما.
أخرجه الطبراني في الكبير و الأوسط وابن أبي الدنيا في قضاء الحوائج (74) من طريق محمد بن حسان السمتي نا أبو عثمان عبد الله بن زيد الكلبي، ذكر الأوزاعي عن عبدة بن أبي لبابة عن ابن عمر مرفوعاً: إن لله قوماً يختصهم بالنعم لمنافع العباد، ويقرها فيهم ما بذلوها فإن منعوها نزعها منهم فحولها إلى غيرهم. قال المنذري: لو قيل بتحسين سنده لكان ممكناً.
قلت: لا، ومحمد بن حسان قال أبو حاتم والدارقطني: ليس بالقوى. وقال ابن معين: لابأس به. وشيخه عبد الله بن زيد ضعفه الأزدي. وكذا قال الهيثمي (8/ 195) . فإن كان مقصد المنذري أنه حسن في الشواهد والمتابعات لعله يحتمل ولكن أين الشواهد المجدية أو المتابعات القوية؟
وشاهد رابع عمر بن الخطاب رضي الله عنه.
أخرجه الخرائطي في المكارم (89) قال: حدثنا علي بن حرب الطائي، حدثنا حلبس بن محمد حدثنا ابن جريج عن عطاء عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه مرفوعاً: ما أنعم الله على عبد نعمة، إلا كثرت مؤنة الناس عليه، فإن لم يتحمل مؤنهم، عرض تلك النعمة لزوالها. قلت: وسنده ضعيف جداً.

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (1/178), Abu Ya’la sebagaimana dalam Kashf al-Khafa’ (2/266) , Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’ (1/142), al-Khatib dalam al-Tarikh (5/181-182), dan Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat (2/517-518) melalui sanad Ahmad bin Ma’dan daripada Thawr bin Yazid daripada Khalid bin Ma’dan daripada Mu’az bin Jabal secara marfu’, lalu beliau menyebutkannya. Ibn ‘Adi berkata: "Ahmad bin Ma’dan seorang Syeikh, beliau meriwayatkan daripada Thawr bin Yazid hadith-hadith yang bermasalah, tidak harus berhujjah dengan perawi yang meriwayatkan hadith-hadith seperti itu..", kemudian Ibn ‘Adi berkata: "Ini adalah hadith yang telah beliau riwayatkan daripada Thawr, namun dua perawi yang lemah dan dha’if, iaitu Ahmad bin Ma’dan dan Ibn ‘Ulathah".
Saya berkata: Hadith Ibn ‘Ulathah juga telah diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam biografi beliau (2/280), katanya: “al-Hasan bin Sufyan telah khabarkan kepada kami, katanya ‘Amr bin al-Husain telah menceritakan kepada kami, katanya Ibn ‘Ulathah telah menceritakan kepada kami dengan sanad beliau”. Ini adalah sanad yang sangat dha’if. ‘Amr bin al-Husain telah ditinggalkan riwayat beliau oleh al-Daraqutni dan telah dinilai sebagai pendusta oleh al-Khatib. Adapun Muhammad bin ‘Ulathah, beliau bukanlah seorang yang lemah sepertimana diketakan oleh Ibn Hibban sekalipun beliau telah ditinggalkan riwayatnya oleh al-Daraqutni dan didakwa melakukan pendustaan oleh al-Azdi.
Al-Khatib telah menolak dakwaan al-Azdi, kata al-Khatib: "al-Azdi telah berlebih-lebihan, saya merasakan bahawa telah diriwayatkan secara marfu’ riwayat-riwayat ‘Amr bin al-Husain daripada Muhammad bin ‘Ulathah, lalu kerana itulah mereka telah mendakwa beliau melakukan pendustaan. Sebenarnya punca adalah daripada Ibn al-Husain (bukannya Muhammad bin ‘Ulathah), kerana Ibn al-Husain seorang pendusta. Adapun Ibn ‘Ulathah, Yahya bin Ma’in telah menyifatkan beliau sebagai thiqah. Saya tidak menghafal mana-mana Imam yang menyebutkan berbeza dengan penilaian Yahya terhadap Ibn ‘Ulathah".
Saya berkata: Bahkan, al-Bukhari ada berkata berkenaan beliau: "Pada hafalannya ada pertikaian". Abu Hatim berkata: "Boleh ditulis hadithnya tapi tidak boleh berhujjah dengannya". Kesimpulan perbahasan berkenaan Ibn ‘Ulathah adalah beliau seorang yang Saduq, namun pada hafalannya ada kelemahan. Punca masalah bagi sanad tersebut adalah melalui ‘Amr bin al-Husain. Oleh kerana itu, Abu Hatim berkata: "Hadith yang batil". Al-‘Iraqi telah menukilkannya daripada Abu Hatim dalam al-Mughni (3/245).
Hadith tersebut juga ada sokongan melalui hadith Ibn ‘Abbas RA. Ianya telah diriwayatkan oleh al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (hlm. 119/2), juga oleh Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat (2/518) melalui al-‘Uqaili, daripada sanad ‘Abd al-Rahman bin ‘Abdillah bin ‘Atiyyah daripada Ibn Juraij daripada ‘Ata’ daripada Ibn ‘Abbas secara marfu’: "Mana-mana hamba yang diberikan nikmat kepadanya, lalu Allah sempurnakan nikmat tersebut, kemudian dijadikan kepadanya sedikit daripada keperluan-keperluan manusia, lalu dia merasa bosan dengannya, maka dia telah mendedahkan nikmat tersebut kepada kehilangan". Al-‘Uqaili berkata: ‘Abd al-Rahman bin ‘Abdillah bin ‘Atiyyah daripada Ibn Juraij, seorang yang tidak dikenali meriwayatkan hadith dan hadith beliau ini tidak ada sokongan….dalam bab ini ada hadith-hadith yang lebih kurangan sama kedha’ifannya, tidak ada satupun yang thabit".
Saya berkata: Ibn Juraij seorang perawi Mudallis dan beliau telah meriwayatkannya secara ‘an’anah. Kata-kata al-Munziri dalam al-Targhib (3/251) dan al-Haythami dalam al-Majma’ (8/192): "Sanadnya jayyid", sebenarnya tidaklah jayyid kecuali sanad al-Tabarani dalam al-Awsat berbeza dengan sanad ini. Jika begitu pun, hati saya merasakan sesuatu (yang tidak senang) terhadap penilaian mereka berdua kerana telah anda ketahui bahawa mereka berdua bermudah-mudah dalam kritikan". Wallahua’lam. Juga terdapat satu lagi sokongan lain melalui hadith ‘Aishah RA.
Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn Abi al-Dunya dalam Qadha’ al-Hawaij (hlmn 82) melalui sanad al-Harith bin Muhammad al-Tamimi, ‘Amr bin al-Salt, bapa saudara saya telah menyebutkan daripada Sa’id bin Abi Sa’id daripada Hisham bin ‘Urwah daripada ayahnya daripada ‘Aishah secara marfu’ dengan lafaz seperti hadith dalam bab tersebut.
Saya berkata: al-Harith adalah Ibn Abi Usamah, penulis al-Musnad, beliau seorang Saduq. ‘Amr bin al-Salt pula, boleh jadi beliaulah yang dibuat biografi dalam al-Jarh Wa al-Ta’dil (3/1/241), saya tidak dapat memilih yang rajih. Sekiranya beliau disebutkan kunyah, maka beliau seorang yang Saduq. Sa’id bin Abi Sa’id adalah al-Zubaidi. Ibn ‘Adi berkata: "Hadith-hadithnya tidak mahfuz". Al-Zahabi pula berkata: "Beliau tidak diketahui, hadith-hadithnya gugur kelayakan berhujjah". Terdapat sokongan lain melalui hadith Ibn ‘Umar RA.
Selain itu, riwayat ini juga telah diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir dan al-Awsat, Ibn Abi al-Dunya dalam Qadha’ al-Hawaij (74) melalui sanad Muhammad bin Hassan al-Samti, katanya Abu ‘Uthman Abd Allah bin Zaid al-Kalbi telah menceritakan kepada kami bahawa al-Awza’ei telah menyebutkan daripada ‘Abdah bin Abi Lubabah daripada Ibn ‘Umar secara marfu’: "Sesungguhnya Allah memiliki beberapa kaum yang Allah berikan keistimewaan kepada mereka dengan berbagai nikmat untuk manfaat sekali hamba. Aallah tetapkan nikmat tersebut bersama mereka selagi mereka mengeluarkannya dengan membantu orang lain. Jika mereka menahannya (tidak memberikan bantuan kepada yang memerlukan), Allah pasti menarik nikmat-nikmat tadi daripada mereka dan diberikan kepada golongan yang lain". Al-Munziri berkata: "Kalaulah dikatakan sanadnya bertaraf hasan, ianya mungkin".
Saya berkata: Tidak, Abu Hatim dan al-Daraqutni berkata berkenaan Muhammad bin Hassan: "Beliau tidak kuat". Ibn Ma’in pula berkata: "Beliau tidak ada masalah". Guru beliau pula, iaitu Abd Allah bin Zaid telah dinilai dha’if oleh al-Azdi. Demikian juga kata al-Haythami (8/195). Sekiranya al-Munziri maksudkan bahawa hadith tersebut hasan jika ada shawahid (sokongan-sokongan) dan mutaba’at (penguat-penguat), maka ianya boleh jadi.
Namun, dimanakah sokongan-sokongan yang bagus atau penguat-penguat yang kuat? Sokongan keempat pula adalah riwayat ‘Umar bin al-Khattab RA. Ianya telah diriwayatkan oleh al-Khara’iti dalam al-Makarim (89), katanya: ‘Ali bin Harb al-Ta’ei telah menceritakan kepada kami, katanya Halbas bin Muhammad telah menceritakan kepada kami, katanya Ibn Juraij telah menceritakan kepada kami daripada ‘Ata’ daripada ‘Umar bin al-Khattab RA secara marfu’: "Tidaklah Allah berikan sesuatu nikmat kepada seseorang hamba, melainkan banyak jugalah pertolongan terhadap orang ramai yang dipertanggungjawabkan keatasnya, sekiranya dia tidak memikul (tanggungjawab memberikan) pertolongan tersebut, dia telah mendedahkan nikmat tersebut kepada kehilangan".
Saya berkata: Sanadnya terlalu dha’if. Al-Hafiz al-‘Iraqi berkata dalam al-Mughni (3/245): "Sanadnya terputus, Halbas bin Muhammad pula adalah salah seorang perawi Matruk".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.