Mana-mana isteri yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha terhadapnya, maka dia pasti masuk syurga

TEKS BAHASA ARAB

أيما امرأة ماتت وزوجها راض عنها دخلت الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mana-mana isteri yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha terhadapnya, maka dia pasti masuk syurga.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 108, hadis nombor 89. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر.
أخرجه ابن أبي شيبة (4/ 303) والترمذي (4/ 325- تحفة) وابن ماجه (1/ 570- 571) والحاكم (4/ 173) وابن الجوزي في الواهيات (2/ 630) من طريق مساور الحميري، عن أمه، عن أم سلمة. مرفوعاً به. قال الترمذي: حديث حسن غريب. وقال الحاكم: صحيح الإسناد ووافقه الذهبي.
قلت: كلا، وموافقة الذهبي له من العجائب؛ فإنه قال في الميزان (4/ 95): هذا خبر منكر. وعلة ذلك هي جهالة مساور وأمه كما صرح ابن الجوزي رحمه الله تعالى وتبعه في هذا الحكم الذهبي ويُغني عن هذا الحديث ما رواه بشير بن يسار أن حصين بن محصن أخبره عن عمته أنها دخلت على رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم فقال لها: أذاتُ زوج أنت؟ قالت: نعم. قَالَ: كيف أنت له؟ قالت: ما آلوه يعني لا أأقصر على طاعته إلا ما عجزتُ عنه، فقال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: انظري أين أنت منه، فإنه جنتك ونارك. أخرجه ابن أبي شيبة في المصنف (4/ 304) ، والنسائي في العشرة من الكبرى كما في أطراف المزي (13/ 114) وأحمد (4/ 341، 6/ 419) والحميدي (335) والطبراني في الأوسط (ج 1/ رقم 532) والحاكم (2/ 189) والبيهقي (7/ 291) من طريق يحيى بن سعيد عن بشير بن يسار. قال الهيثمي في المجمع (4/ 306): رجاله الصحيح، خلا حصين، وهو ثقة.

Munkar. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn Abi Shaybah (4/303), al-Tirmizi (4/325 – Tuhfah), Ibn Majah (1/570-571), al-Hakim (4/173), Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat (2/630) melalui sanad Musawir al-Himyari daripada ibunya daripada Ummu Salamah secara marfu’ hadith tersebut. Al-Tirmizi berkata: "Hadith hasan gharib". Al-Hakim pula berkata: "Sanadnya sahih". Al-Zahabi menyetujuinya. Saya berkata: Tidak, persetujuan al-Zahabi terhadap al-Hakim adalah termasuk perkara yang pelik kerana beliau sendiri berkata dalam al-Mizan (4/95): "Ini adalah khabar yang Munkar". Punca kecacatannya adalah Musawir dan ibunya tidak dikenali sebagaimana yang disebutkan jelas oleh Ibn al-Jawzi RH dan diikuti penilaian ini oleh al-Zahabi.
Memadailah bagi hadith ini apa yang diriwayatkan oleh Bashir bin Yasar bahawa Husain bin Mihsan menceritakan kepadanya daripada ibu saudara beliau, bahawa beliau pernah masuk menemui Rasulullah SAW, lalu Baginda SAW pun bersabda kepadanya: "Adakah kamu memiliki suami?". Dia menjawab: "Ya". Baginda SAW bertanya lagi: "Bagaimana sikapmu terhadapnya?". Dia menjawab: "Saya tidak cuai dalam menta’atinya kecuali perkara yang saya tidak mampu". Rasulullah SAW pun bersabda: "Lihatlah di mana kedudukan kamu padanya, kerana sesungguhnya dia adalah syurga dan nerakamu". Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn Abi Shaybah dalam al-Musannaf (4/304), al-Nasa’ei dalam al-‘Ashrah – daripada al-Kubra" – sebagaimana dalam Atraf oleh al-Mizzi (13/114) -, Ahmad (4/341, 6/419), al-Humaidi (335), al-Tabarani dalam al-Awsat (juz 1/ hadith : 532), al-Hakim (2/189) dan al-Baihaqi (7/291) melalui sanad Yahya bin Sa’id daripada Bashir bin Yasar. Al-Haythami berkata dalam al-Majma’ (4/306): "Perawi-perawinya adalah perawi sahih, selain Husain, beliau seorang yang thiqah".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.