TEKS BAHASA ARAB
لا يبلغ العبد أن يكون من المتقين حتى يدع ما لا بأس به حذرا مما به بأس.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Seseorang hamba tidak akan mencapai peringkat orang-orang bertaqwa sehingga dia meninggalkan perkara yang harus kepadanya kerana bimbang terjerumus kepada perkara yang tidak harus.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 108, hadis nombor 90. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
أخرجه الترمذي (2451) ، وابن ماجه (4215) ، والحاكم (4/ 319) ، والبيهقي في شعب الإيمان كما في الإصابة (5/ 276) وفي السنن (5/ 335) من طريق أبي عقيل الثقفي عبد الله بن عقيل حدثنا عبد الله بن يزيد حدثني بن يزيد وعطية بن قيس عن عطية السعدي وكان من أصحاب النبي صلى الله عليه وآله وسلم فذكره مرفوعاً. قال الترمذي: حديث حسن غريب لا نعلافه إلا من هذا الوجه .وقال الحاكم صحيح الإسناد ووافقه الذهبي قلت: كلا، فإن عبد الله بن يزيد هذا. قال فيه الجوزجاني: روى عنه ابن عقيل أحاديث منكرة. واعتمدها الذهبي في الضعفاء (1/ 363).
Dha’if (Lemah). Hadith trsebut telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi (2451), Ibn Majah (4215), al-Hakim (4/319), al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman – sebagaimana dalam al-Isabah (5/276) dan dalam al-Sunan (5/335) melalui sanad Abu ‘Aqil al-Thaqafi Abd Allah bin ‘Aqil, katanya Abd Allah bin Yazid telah menceritakan kepada kami, katanya Ibn Yazid dan ‘Atiyyah bin Qais telah menceritakan kepadaku daripada ‘Atiyyah al-Sa’di, beliau termasuk sahabat Nabi SAW, lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut secara marfu’. Al-Tirmizi berkata: "Hadith hasan gharib, tidak kami ketahuinya melainkan melalui sanad ini". Al-Hakim pula berkata: "Sanadnya sahih", dipersetujui oleh al-Zahabi. Saya berkata: Tidak sekali-kali! Ini kerana Abd Allah bin Yazid ini, al-Jurjani berkata tentang beliau: "Ibn ‘Aqil telah meriwayatkan daripada beliau hadith-hadith yang munkar". Al-Zahabi berpegang dengan kenyataan tersebut dalam al-Dhu’afa’ (1/363).
RUJUKAN
Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.