Barang siapa yang yang mengucapkan :"Dengan nama Allah Yang Maha Suci dan Yang Maha Agung dan segala pujian bagiNya, dan tiada daya dan kekuatan melainkan Allah"

TEKS BAHASA ARAB

من قال حين ينصرف من صلاته: ‘بسم الله، سبحان الله العظيم وبحمده، ولا حول ولا قوة إلا بالله’ ثلاث مرات، قام مغفورا له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berkata ketika selesai daripada solat: Dengan nama Allah Maha Suci dan Yang Maha Agung dan segala pujian bagiNya, dan tiada daya dan kekuatan melainkan Allah, sebanyak tiga kali, dia akan bangun dalam keadaan diampunkan baginya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1563, hadis nombor 7916. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس بن مالك-رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قال حين ينصرف من صلاته: بسم الله، سبحان الله العظيم وبحمده، ولا حول ولا قوة إلا بالله ثلاث مرات، قام مغفورا له)). [ابن أبي حاتم في ((الجرح والتعديل))-معلقا والزيادة له-،ابن السني،الطبراني في ((الدعاء))،((الضعيفة)) (6320)].

(Munkar)
Daripada Anas bin Malik RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang berkata ketika selesai daripada solat: Dengan nama Allah Maha Suci dan Yang Maha Agung dan segala pujian bagiNya, dan tiada daya dan kekuatan melainkan Allah sebanyak tiga kali, dia akan bangun dalam keadaan diampunkan baginya.
[Riwayat Ibn Abi Hatim di dalam Kitab al-Jarh wa al-Ta’dil secara mua’allaq dan ada penambahan baginya, Ibn al-Sunni, dan al-Tabarani dalam Kitab al-Du'a. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6320].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.