Malanglah bagi pemimpin rakyat, kecuali pemimpin yang ada yang menasihati mereka

TEKS BAHASA ARAB

ويل للوالي من الرعية؛ إلا واليا يحوطهم من ورائهم بالنصيحة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Malanglah bagi pemimpin rakyat, kecuali pemimpin yang ada yang menasihati mereka dari belakang mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 845, hadis nombor 4334. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن، قال: دخل عبيد الله بن زياد على عبد الله بن مغفل، قال: حدثني بشيء سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم، ولا تحدثني بشيء سمعته من غيره؛ وإن كان ثقة في نفسك، فقال: لولا أني سمعته غير مرة ما حدثتك، سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((ويل للوالي من الرعية؛ إلا واليا يحوطهم من ورائهم بالنصيحة)).
[الروياني، ((الضعيفة)) (5236)]

(Lemah) Daripada al-Ḥasan berkata: ‘Ubaidullah bin Ziyād masuk menemui ‘Abdullah bin Mughaffal, beliau berkata: Ceritakan kepadaku sesuatu yang engkau dengar tentangnya daripada Rasulullah SAW, jangan ceritakan kepada aku sesuatu yang engkau dengar daripada selainnya, walaupun dia ialah orang yang dipercayai bagimu. Lalu dia berkata: Kalau bukan kerana aku mendengarnya bukan hanya sekali aku tidak akan menceritakan kepadamu, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Malanglah bagi pemimpin rakyat, kecuali pemimpin yang ada yang menasihati mereka dari belakang mereka.
[Riwayat Al-Ruyani dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5236]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs