TEKS BAHASA ARAB
إن رسول الله صلى الله عليه وسلم دعا لأهله، فذكر عليا وفاطمة وغيرهما. فقلت: يا رسول الله! من أهل البيت أنا؟ قال: نعم؛ ما لم تقم على باب سدة، أو تأتي أميرا تسأله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Rasulullah SAW berdoa untuk ahli keluarga baginda, lalu baginda menyebut ‘Alī, Faṭīmah dan selainnya. Lalu aku berkata: Wahai Rasulullah! Adakah aku termasuk dalam kalangan Ahl al-Bait? Baginda bersabda: Ya, selagi engkau tidak berada di pintu singgahsana atau engkau tidak mendatangi pemerintah untuk engkau meminta kepadanya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 845, hadis nombor 4333. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ثوبان -رضي الله عنه-، قال: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم دعا لأهله، فذكر عليا وفاطمة وغيرهما. فقلت: يا رسول الله! من أهل البيت أنا؟ قال: ((نعم؛ ما لم تقم على باب سدة، أو تأتي أميرا تسأله)).
[طس، ((الضعيفة)) (5366)]
(Lemah) Daripada Thaubān RA berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW berdoa untuk ahli keluarga baginda, lalu baginda menyebut ‘Alī, Faṭīmah dan selainnya. Lalu aku berkata: Wahai Rasulullah! Adakah aku termasuk dalam kalangan Ahl al-Bait? Baginda bersabda: Ya, selagi engkau tidak berada di pintu singgahsana atau engkau tidak mendatangi pemerintah untuk engkau meminta kepadanya.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5366]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.