TEKS BAHASA ARAB
الأئمة من قريش، ولهم عليكم حق عظيم، ولكم مثل ذلك، فأطيعوهم ما عملوا بثلاث: إذا حكموا عدلوا، وإذا استرحموا رحموا، وإذا عاهدوا وفوا، ومن لم يفعل ذلك منهم؛ فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Pemimpin dalam kalangan Quraisy, bagi mereka ke atas kalian hak yang besar, dan bagi kalian sama seperti itu. Maka taatilah mereka selagi mereka melaksanakan tiga perkara: Apabila mereka menghakimi mereka adil, apabila diminta belas kasihan mereka mengasihani dan apabila mereka berjanji mereka tepati. Dan barang siapa dalam kalangan mereka tidak melakukan seperti itu, maka ke atas mereka laknat Allah, para malaikat serta manusia seluruhnya.
STATUS
Munkar dengan turutan ini
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 845, hadis nombor 4335. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا السياق) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: أتانا رسول الله صلى الله عليه وسلم ونحن مجتمعون في بيت رجل من الأنصار، فأخذ بعضادتي الباب وقال: ((الأئمة من قريش، ولهم عليكم حق عظيم، ولكم مثل ذلك، فأطيعوهم ما عملوا بثلاث: إذا حكموا عدلوا، وإذا استرحموا رحموا، وإذا عاهدوا وفوا، ومن لم يفعل ذلك منهم؛ فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين)).
[الداني في ((الفتن))، ((الضعيفة)) (5539)]
(Munkar dengan turutan ini) Daripada Anas bin Mālik RA berkata: Rasulullah SAW mendatangi kami dan kami sedang berkumpul dalam sebuah rumah milik seorang lelaki Ansar, lalu dia memegang kedua jenang pintu dan berkata: Pemimpin dalam kalangan Quraisy, bagi mereka ke atas kalian hak yang besar, dan bagi kalian sama seperti itu. Maka taatilah mereka selagi mereka melaksanakan tiga perkara: Apabila mereka menghakimi mereka adil, apabila diminta belas kasihan mereka mengasihani dan apabila mereka berjanji mereka tepati. Dan barang siapa dalam kalangan mereka tidak melakukan seperti itu, maka ke atas mereka laknat Allah, para malaikat serta manusia seluruhnya.
[Riwayat Abū ‘Amr al-Dānī dalam al-Fitan. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5539]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.