Tidak ada hasil yang seseorang dapat hasilkan seumpama hasil ilmu

TEKS BAHASA ARAB

ما اكتسب مكتسب مثل فضل علم، يهدي صاحبه إلى هدى أو يرده عن ردى، ولا استقام دينه حتى يستقيم عقله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada hasil yang seseorang dapat hasilkan seumpama hasil ilmu. Ia menunjukkan pemiliknya kepada hidayah atau menghalangnya daripada kehancuran. Tidak lurus agamanya sehingga lurus akalnya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1298, hadis nombor 6637. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ما اكتسب مكتسب مثل فضل علم، يهدي صاحبه إلى هدى أو يرده عن ردى، ولا استقام دينه حتى يستقيم عقله.
[طس، طص، ((الضعيفة)) (6710)].

(Sangat lemah)
Daripada Umar bin al-Khattab RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Tidak ada hasil yang seseorang dapat hasilkan seumpama hasil ilmu. Ia menunjukkan pemiliknya kepada hidayah atau menghalangnya daripada kehancuran. Tidak lurus agamanya sehingga lurus akalnya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6710].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.