Aku lebih suka berkawal selama tiga malam untuk menjaga pagar kawasan orang Islam

TEKS BAHASA ARAB

لأن أحرس ثلاث ليال مرابطا من وراء بيضة المسلمين أحبّ إلي من أن أصلي ليلة القدر في أحد المسجدين: المدينة أو بيت المقدس

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku lebih suka berkawal selama tiga malam untuk menjaga pagar kawasan orang Islam berbanding aku menunaikan bersolat pada malam al-Qadar di salah satu masjid: Madinah atau Bayt al-Maqdis.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1017, hadis nombor 5232. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال قال رسول الله ﷺ: لأن أحرس ثلاث ليال مرابطا من وراء بيضة المسلمين أحبّ إلي من أن أصلي ليلة القدر في أحد المسجدين: المدينة أو بيت المقدس. [فر, الضعيفة (5883)]

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Aku lebih suka berkawal selama tiga malam untuk menjaga pagar kawasan orang Islam berbanding aku menunaikan bersolat pada malam al-Qadar di salah satu masjid: Madinah atau Bayt al-Maqdis. [Riwayat Al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5583].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.