Hamba-hamba Allah yang paling Allah cintai adalah yang sering kali menasihati hamba-hamba-Nya

TEKS BAHASA ARAB

إن أحب عباد الله إلى الله أنصحهم لعباده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya hamba-hamba Allah yang paling Allah cintai adalah yang sering kali menasihati hamba-hamba-Nya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1300, hadis nombor 6651. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن الحسن، قال: قال صلى الله عليه وسلم: إن أحب عباد الله إلى الله أنصحهم لعباده.
[عبدالله بن أحمد في ((زوائد الزهد))، ((الضعيفة)) (7067)].

(Lemah)
Daripada al-Hasan, katanya: Baginda SAW bersabda: Sesungguhnya hamba-hamba Allah yang paling Allah cintai adalah yang sering kali menasihati hamba-hamba-Nya.
[Riwayat 'Abdullah bin Ahmad dalam Zawa'id al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7067].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.