TEKS BAHASA ARAB
حديث أبي سعيد: عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم، في قوله (6: 103 لا تدركه الأبصار) قال: لو أن الإنس، والجن، والشياطين، والملائكة [منذ] خلقوا، إلى يوم فنائهم، صفوا صفا واحدا، ما أحاطوا بالله أبدا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Abu Said daripada Nabi SAW pada firman Allah: Ia tidak dapat dilihat oleh penglihatan mata. Baginda bersabda: Jika manusia, jin, syaitan dan malaikat sejak diciptakan sehingga hari kiamat membuat satu saf, mereka tidak dapat meliputi Allah sampai bila-bila.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 441, hadis nombor 2. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن عدي، وقد قال ابن الجوزي: إنه موضوع، وإنه من عمل الكلبي، قال في اللآلىء: أخرجه ابن أبي حاتم، وأبو الشيخ، وابن مردويه في تفاسيرهم.
وقال الذهبي في تاريخه: هذا حديث منكر، لا يعرف إلا ببشر بن عمارة المكتب، وهو ضعيف.
Diriwayatkan oleh Ibn Adi. Ibn al-Jauzi berkata: Ia palsu. Ia adalah kerja al-Kalbi. Dia berkata dalam al-Laali’: Ia diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Abu al-Syeikh serta Ibn Mardawaih dalam tafsir-tafsir mereka.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.