TEKS BAHASA ARAB
حديث: شرار الناس التجار والزراع.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sejahat-jahat manusia adalah peniaga dan peladang.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 141, hadis nombor 2. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الجوزقاني في موضوعاته عن أنس مرفوعا وفي أوله: ألا إن التاجر فاجر ألا إن التاجر فاجر.
وقال الجوزقاني باطل في إسناده غير واحد من المجاهيل.
وروى ابن عدي عن ابن عباس مرفوعا نحوه وكذا أبو نعيم. في إسناد ابن عدي متروك.
Al-Jauzaqani meriwayatkan di dalam al-Maudhu’at daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) dan pada lafaz awalnya: Ketahuilah bahawa sesungguhnya peniaga itu jahat. Ketahuilah bahawa sesungguhnya peniaga itu jahat.
Al-Jauzaqani berkata: Hadith ini batil, pada sanadnya ada ramai perawi yang tidak dikenali. Ibn Adi meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) seperti hadith di atas dan begitu juga Abu Nu'aim. Pada sanad riwayat Ibn Adi ada perawi yang sangat daif.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.