TEKS BAHASA ARAB
القيام لله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Berdiri itu hanya untuk Allah.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 67, hadis nombor 273. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
مشهور على الألسنة قال الجد: ولم أره بهذا ولكن أخرج الإمام أحمد حديث عبادة بن الصامت: “لا يقام لي إنما يقام لله عز وجل”.
Masyhur pada lidah orang ramai. Al-Jadd berkata: “Aku belum pernah melihatnya, namun al-Imam Ahmad telah meriwayatkan hadith 'Ubadah bin al-Samit: “Tidak boleh berdiri untukku, hanya boleh berdiri untuk Allah azzawajalla”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.