Khidir AS berada di lautan manakala Ilyasa’ AS pula di daratan

TEKS BAHASA ARAB

إن الخضر في البحر، واليسع في البر، يجتمعان كل ليلة عند الردم الذي بناه ذو القرنين بين الناس وبين يأجوج ومأجوج؛ يحجان ويعتمران كل عام، ويشربان من زمزم شربة تكفيهما إلى قابل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Khidir berada di lautan, Ilyasa’ pula di daratan, mereka berdua akan bertemu pada setiap malam di tembok yang telah dibina oleh Zu al-Qarnayn (Zulkarnain) yang memisahkan antara manusia dan Yakjuj Makjuj. Keduanya melakukan haji dan umrah pada setiap tahun dan kedua mereka meminum air zamzam dalam kuantiti yang mencukupi untuk mereka berdua hingga tahun hadapan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1365, hadis nombor 6956. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الخضر في البحر، واليسع في البر، يجتمعان كل ليلة عند الردم الذي بناه ذو القرنين بين الناس وبين يأجوج ومأجوج؛ يحجان ويعتمران كل عام، ويشربان من زمزم شربة تكفيهما إلى قابل.
[الحارث، ((الضعيفة)) (5529)]

(Palsu)
Daripada Anas RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Khidir berada di lautan, Ilyasa’ pula di daratan, mereka berdua akan bertemu pada setiap malam di tembok yang telah dibina oleh Zu al-Qarnayn (Zulkarnain) yang memisahkan antara manusia dan Yakjuj Makjuj. Keduanya melakukan haji dan umrah pada setiap tahun dan kedua mereka meminum air zamzam dalam kuantiti yang mencukupi untuk mereka berdua hingga tahun hadapan.
[Riwayat al-Harith. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5529]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs