Wahai Jibril! Tidak ada pahala bagi hamba-Ku apabila Aku mengambil dua matanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله قال: يا جبريل! ما ثواب عبدي إذا أخذت كريمتيه إلا النظر إلى وجهي، والجوار في داري.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah berfirman: Wahai Jibril! Tidak ada pahala bagi hamba-Ku apabila Aku mengambil dua matanya melainkan dia melihat wajah-Ku dan berdamping di rumah-Ku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1364 – 1365, hadis nombor 6955. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي ظلال القسملي: أنه دخل على أنس بن مالك فقال له: يا أبا ظلال! متى أصيب بصرك؟ قال: لا أعقله. قال: أفلا أحدثك حديثا حدثنا به نبي الله صلى الله عليه وسلم عن جبريل عليه السلام عن ربه تعالى قال: إن الله قال: يا جبريل! ما ثواب عبدي إذا أخذت كريمتيه إلا النظر إلى وجهي، والجوار في داري. فلقد رأيت أصحاب النبي يبكون حوله، يريدون أن تذهب أبصارهم.
[طس، ((الضعيفة)) (5773)]

(Lemah)
Daripada Abu Zilal al-Qasmali: Sesungguhnya beliau masuk menemui Anas bin Malik, lalu Anas berkata kepadanya: Wahai Abu Zilal! Bilakah penglihatanmu ditimpa kecacatan? Beliau menjawab: Aku tidak ingat. Anas berkata: Tidak mahukah aku ceritakan kepada kamu satu hadis yang pernah Nabi Allah SAW ceritakan kepada kami daripada Jibril AS daripada Tuhannya? Jibril berkata: Sesungguhnya Allah berfirman: Wahai Jibril! Tidak ada pahala bagi hamba-Ku apabila Aku mengambil dua matanya melainkan dia melihat wajah-Ku dan berdamping di rumah-Ku. Aku telah melihat para sahabat Nabi SAW sedang menangis di sekeliling baginda, mereka mahukan penglihatan mereka hilang.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5773]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.