Ketika Nabi Allah SAW berjalan di perkuburan wanita-wanita daripada Bani al-Najjar yang telah dibinasakan pada zaman jahiliah

TEKS BAHASA ARAB

مَرَّ نبيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ عَلَى قُبُورِ نِسَاءٍ مِنْ بَنِي النَّجَّارِ هَلَكُوا فِي الْجَاهِلِيَّةِ، فَسَمِعَهُمْ يُعَذَّبُونَ فِي الْقُبُورِ فِي النَّمِيمَةِ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Nabi Allah SAW berjalan di perkuburan wanita-wanita daripada Bani al-Najjar yang telah dibinasakan pada zaman jahiliah, Baginda mendengar mereka diazab di dalam kubur kerana mengadu domba.

STATUS

Munkar dengan sebutan ‘wanita’ dan ‘adu domba’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1770, hadis nombor 8910. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر "النساء" و "النميمة") عن جابر -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((مَرَّ نبيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ عَلَى قُبُورِ نِسَاءٍ مِنْ بَنِي النَّجَّارِ هَلَكُوا فِي الْجَاهِلِيَّةِ، فَسَمِعَهُمْ يُعَذَّبُونَ فِي الْقُبُورِ فِي النَّمِيمَةِ.)) [طس، ((الضعيفة)) (6946)]

(Munkar dengan sebutan ‘wanita’ dan ‘adu domba’)
Daripada Jabir RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Ketika Nabi Allah SAW berjalan di perkuburan wanita-wanita daripada Bani al-Najjar yang telah dibinasakan pada zaman jahiliah, Baginda mendengar mereka diazab di dalam kubur kerana mengadu domba.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6946].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.