TEKS BAHASA ARAB
كُلَّمَا طَالَ عُمُرُ المسلمِ؛ كانَ خَيْراً لَه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Setiap pertambahan umur seorang muslim itu adalah kebaikan buatnya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1759, hadis nombor 8857. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمرو بن عوف قال: يا طاعون خذني إليك. فقالوا: أما سمعت رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال: (كُلَّمَا طَالَ عُمُرُ المسلمِ؛ كانَ خَيْراً لَه). بلى؛ ولكني أخاف ستاً: إمارة السفهاء، وبيع الحكم، وسفك الدم، وقطيعة الرحم، وكثرة الشرط، ونشوءاً ينشأون يتخذون القراَن مزامير. [ش، طب، ((الضعيفة)) (5652، 5915)]
(Lemah)
Daripada ‘Auf bin Malik RA beliau berkata: “Wahai Ta’un! Ambillah aku kepadamu (jadikanlah ta’un sebab kematianku). Mereka berkata: "Tidakkah kamu mendengar Rasulullah SAW pernah berkata: ((Setiap pertambahan umur seorang muslim itu adalah kebaikan buatnya.)) Dia berkata: "Ya, tetapi aku takut akan enam perkata: "Orang bodoh yang memerintah, penjualan hukum (rasuah), pertumpahan darah, silaturrahim yang diputuskan, banyaknya pembantu pemimpin zalim dan munculnya golongan yang menjadikan al-Quran seperti seruling.”
[Riwayat Ibn Abi Shaibah dalam Musannafnya dan al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5652, 5915].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.