TEKS BAHASA ARAB
اللهم داحي المدحوات وباريء المسموكات وجبار القلوب على فطراتها شقيها وسعيدها اجعل شرائف صلواتك ونوامي بركاتك ورافع تحيتك على محمد عبدك ورسولك الخاتم لما سبق والفاتح لما أغلق.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai Allah, yang melapangkan segala kelapangan, pencipta langit-langit, yang Maha memperkasa hati-hati untuk kekal di atas fitrahnya sama ada bahagia atau celaka, limpahkanlah semulia-mulia selawat-Mu, cambahan keberkatan-Mu dan ketinggian kemuliaan-Mu kepada Muhammad, hamba-Mu dan utusan-Mu, penutup sekalian yang nabi yang terdahulu dan pembuka bagi segala yang terkunci.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1104-1105, hadis nombor 5594. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن سلمة الكندي قال: كان علي رضي الله عنه يعلم الناس الصلاة على نبي الله يقول: اللهم داحي المدحوات وباريء المسموكات وجبار القلوب على فطراتها شقيها وسعيدها اجعل شرائف صلواتك ونوامي بركاتك ورافع تحيتك على محمد عبدك ورسولك الخاتم لما سبق والفاتح لما أغلق..الحديث بطوله. [طس، الضعيفة (6544)].
(Munkar) Daripada Salamah al-Kindi, beliau berkata, ’Ali pernah mengajarkan selawat ke atas Nabi kepada orang ramai. Beliau menyebut: Wahai Allah, yang melapangkan segala kelapangan, pencipta langit-langit, yang Maha memperkasa hati-hati untuk kekal di atas fitrahnya sama ada bahagia atau celaka, limpahkanlah semulia-mulia selawat-Mu, cambahan keberkatan-Mu dan ketinggian kemuliaan-Mu kepada Muhammad, hamba-Mu dan utusan-Mu, penutup sekalian yang nabi yang terdahulu dan pembuka bagi segala yang terkunci… hadis ini ldiriwayatkan dengan panjang. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6544]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.