TEKS BAHASA ARAB
لما خلق الله العقل قال له: أقبل، فأقبل، ثم قال له: أدبر، فقال: وعزتي وجلالي ما خلقت خلقا أحب إلي منك، فبك آخذ، وبك أعطي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ketika Allah telah menciptakan akal, lalu Allah telah berkata kepadanya: “Mari” maka dia pun datang, apabila Allah telah berkata: “Pergi!” Maka dia pun pergi. Maka Allah pun berkata: “Demi kekuasaan-Ku dan keagungan-Ku, tiada makhluk yang telah Aku cipta lebih Aku sayangi daripadamu, denganmu Aku ambil dan denganmu Aku beri.”
STATUS
Diperselisihkan
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 114, hadis nombor 125. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن تيمية وغيره: هذا كذب موضوع باتفاق أهل العلم. وقال السيوطي: أخرجه عبد الله ابن الإمام أحمد عن الحسن مرسلا بطريق جيد الإسناد.
Ibnu Taimiyyah dan lain-lain telah berkata: Ini adalah satu hadis dusta, palsu dengan sepakat para ahli ilmu. Al-Suyuthi telah berkata: Telah direkodkan daripada Abdullah bin Imam Ahmad daripada Hasan secara mursal dengan jalur sanad yang baik.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.