TEKS BAHASA ARAB
الفقر فخري وبه أفتخر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kemiskinan itu adalah kemuliaan dan dengan kemiskinan itu aku berbangga.
STATUS
Dusta
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 116, hadis nombor 132. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قَالَ ابْنُ تَيْمِيَةَ: كِلاهُمَا كَذِبٌ لَا يُعْرَفُ فِي شَيْء من كتب المسلمين.
Ibnu Taimiyyah berkata: Kedua-duanya dusta (hadis ke-131 dan ke-132), tidak diketahui dalam mana-mana kitab orang Islam.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.