TEKS BAHASA ARAB
إن الميت يرى النار في بيته سبعة أيام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya mayat itu melihat api neraka di dalam rumahnya sebanyak tujuh hari.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 114, hadis nombor 124. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قَالَ أَحْمَدُ: بَاطِلٌ لَا أَصْلَ لَهُ.
Imam Ahmad telah berkata: Hadis ini adalah batil dan tidak ada asalnya.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.