Ketika Allah menzahirkan kebesaran-Nya pada gunung,hancur lebur gunung

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم قال (فلما تجلى ربه للجبل) أشار بأصبعه، فمن نورها جعله دكا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketika menyebut firman Allah: (Ketika Allah menzahirkan kebesarannya pada gunung) baginda mengisyaratkan dengan jari Baginda.Daripada jari-jari, keluar cahaya yang menyebabkan gunung itu hancur lebur.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 445, 446, hadis nombor 10. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي، عن أنس مرفوعا، وفي إسناده: أيوب بن خوط، متروك الحديث.وقد أخرجه الطبراني من وجه آخر، بفلظ: (فلما تجلى ربه للجبل) قال: تجلي له بخنصره.

Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dalam sanadnya ada Ayyub bin Khaut, seorang yang hadis-hadisnya ditinggalkan. Al-Tabarani ada meriwayatkan dari jalur lain dengan lafaz: “Ketika Allah menzahirkan kebesarannya pada gunung” Allah menzahirkan dengan jariNya. Diriwayatkan juga dari Ibn Mardawaih, dan Ahmad dalam Musnadnya serta al-Tirmizi. Beliau berkata: Hasan Sahih. Juga al-Hakim dalam al-Mustadrak serta al-Dhiya’ dalam al-Mukhtarah, disahihkan kesemuanya daripada Anas bahawa Nabi SAW membaca “Ketika Allah menzahirkan kebesarannya pada gunung maka gunung hancur lebur.” Dia berkata “Dia mengeluarkan jari kelingkingnya ke atas ibu jarinya, lalu hancurlah gunung itu. Menjadi satu kehairanan apabila Ibn al-Jauzi memasukkan hadis ini ke dalam kitabnya al-Maudhuat. Al-Hakim ada meriwayatkan hadis sokongan bagi hadis ini. Ia sahih daripada Ibn Abbas. Allah memperlihatkan kebesaranNya seperti hujung kelingking lalu hancur gunung itu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs