Ketika Allah memperlihatkan kekuasaanNya kepada bukit,berterbangan bukit-bukit kerana keaguan-Nya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لما تجلى الله للجبل، طارت لعظمته ستة أجبل، فوقعت ثلاثة بمكة، وثلاثة بالمدينة، فوقع بالمدينة: أحد، وورقان، ورضوى، ووقع بمكة: ثبير، وحراء، وثور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Ketika Allah memperlihatkan kekuasaan-Nya kepada bukit, berterbangan bukit-bukit kerana kehebatan-Nya enam buah bukit, tiga bukit di Mekah dan tiga bukit di Madinah. Di Madinah: Uhud, Wirqan dan Radhwa. Di Mekah: Thabir, Hira’ dan Thur.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 445, hadis nombor 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن أنس مرفوعا، وقال ابن حبان: موضوع، وعبد العزيز متروك، يروي المناكير عن المشاهير، يعني: عبد العزيز بن عمران. وقد رواه أبو أمية الطرسوسي، عن ابن عباس موفوعا: إن من الجبال التي تطايرت يوم موسى سبعة أجبل، لحقت بالحجاز وباليمن، منها بالمدينة: أحد، وورقان، وبمكة: ثور، وثبير، وحراء، وباليمن: صبير، وحضور، قيل: ليس يصحيح، وفي إسناده: طلحة بن عمرو، وهو متروك، لا تحل الرواية عنه.قال في اللآلىء، في الحكم بوضع هذين الحديثين نظر، والأرجح عدمه، فالأول أخرجه ابن أبي حاتم، وأبو الشيخ، وابن مردويه في تفاسيرهم، من طريق عبد العزيز بن عمران، وعبد العزيز، روى له الترمذي، ولم يتهم بكذب. وأما الحديث الثاني: فأخرجه الطبراني في الأوسط، وقال: لم يروه عن عطاء، إلا طلحة، وطلحة روى له ابن ماجة، وضعفوا، إلا أنه لم يتهم بكذب، إلى آخر كلامه.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ibn Hibban berkata: Palsu, Abdul Aziz adalah seorang yang matruk. Dia, Abdul Aziz bin Imran meriwayatkan hadis-hadis munkar daripada perawi-perawi yang masyhur.Diriwayatkan juga oleh Abu Umayyah al-Tarsus daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bukit-bukit yang terbang pada zaman nabi Musa 7 bukit. Ada yang di Hijaz dan di Yaman. Di Madinah: Uhud dan Wirqan. Di Mekah: Thur, Thabir dan Hira’. Di Yaman: Sabir, Hudhur. Dikatakan: Tidak sahih. Dalam sanadnya ada Talhah bin Amru, seorang yang matruk, tidak boleh meriwayatkan hadis daripadanya.Dia berkata dalam al-Laali’, bahawa menghukum 2 hadis ini sebagai palsu perlu dilihat semula. Yang tepat adalah ia bukan palsu. Yang pertama diriwayatkan oleh Abi Hatim, Abu al-Syeikh, Ibn Mardawaih dalam tafsirnya, daripada jalur Abdul Aziz bin Imran. Abdul Aziz diriwayatkan dari al-Tirmizi, dan bukan dituduh sebagai seorang pendusta.Hadis yang kedua pula diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Awsat. Dia berkata: Ia tidak diriwayatkan daripada Ata’ kecuali Talhah. Talhah diriwayatkan oleh Ibn Majah dan dinilai dhaif tetapi dia tidak dituduh berdusta, sehingga akhirnya.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.