Sesungguhnya di antara Allah dan makhluk ada 70 ribu penghadang

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن بين الله وبين الخلق سبعين ألف حجاب، وأقرب الخلق إلى الله جبريل، وإسرافيل، ومياكائيل، وإن بينهم وبينه أربعة حجب من نار، وحجاب من ظلمة، وحجاب من غمام، وحجاب من الماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya di antara Allah dan makhluk ada 70 000 penghadang (hijab).Makhluk yang paling dekat dengan Allah adalah Jibril, Israfil dan Mikail. Antara mereka dengan Allah empat penghadang daripada api, satu daripada kegelapan, satu daripada ais dan satu penghadang daripada air.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 442, hadis nombor 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الدارقطني عن سهل بْنِ سعد مرفوعا، وفي إسناده: حبيب بن أبي حبيب، وكان وضاعا.وقال في الميزان: وهاه أبو زرعة، وتركه ابن المبارك، وقد استدرك صاحب اللآلىء علي ابن الجوزي، حكمه بوضع هذا الحديث، وأطال الكلام عليه وذكر له طرقا.

Diriwayatkan oleh al-Daraqutni daripada Sahl bin Sa’d secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dalam sanadnya ada Habib bin Abi Habib, seorang pemalsu hadis. Dia berkata dalam al-Mizan: Dia dinilai dihaif oleh Abu Zur’ah, riwayatnya ditinggalkan oleh Ibn al-Mubarak. Penulis kitab al-Laali’ memberikan komentar terhadap Ibn al-Jauzi, dia menghukum hadis ini sebagai palsu. Dia menyebutkan komentar yang panjang dan menyatakan beberapa jalur lain bagi hadis ini.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs