Ketika Allah Azza wa Jalla mengarahkan Nabi-Nya SAW untuk menghadapkan dirinya (berterus terang) menghadapi kabilah-kabilah Arab

TEKS BAHASA ARAB

ما أسأتم الرد إذ أفصحتم بالصدق، إنه لا يقوم بدين الله إلا من حاطه من جميع جوانبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah kamu menolak secara buruk apabila kamu telah jelaskan dengan kejujuran. Sesungguhnya tidak akan menegakkan agama Allah melainkan mereka yang meliputkan dirinya dengan agama daripada segenap sudut pada dirinya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 234, hadis nombor 1242. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس قال: حدثني علي بن أبي طالب – رضي الله عنه -، قال: لما أمر الله – عز وجل – نبيه – صلى الله عليه وسلم – أن يعرض نفسه على قبائل العرب، خرج وأنا معه وأبو بكر إلى منى، حتى دفعنا إلى مجلس من مجالس العرب، فتقدم أبو بكر فسلم، وكان أبو بكر مقدما في كل حين، وكان رجلا نسابة، فقال: ممن القوم؟! … الحديث بطوله في عدة صفحات، وفيه أنهم لقوا قوما من بني شيبان، وأن النبي – صلى الله عليه وسلم – دعاهم إلى الإسلام، وإلى نصرته، وأنهم استحسنوا دعوته، واعتذروا عن المبادرة إلى الاستجابة، لسبب ذكروه… فقال – صلى الله عليه وسلم -: ((ما أسأتم الرد إذ أفصحتم بالصدق، إنه لا يقوم بدين الله إلا من حاطه من جميع جوانبه)). [أبو نعيم في ((دلائل النبوة))، ((الضعيفة)) (6457)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA beliau berkata: ‘Ali bin Abi Talib RA telah menceritakan kepadaku, beliau berkata: Ketika Allah Azza wa Jalla mengarahkan Nabi-Nya SAW untuk menghadapkan dirinya (berterus terang) menghadapi kabilah-kabilah Arab, baginda keluar bersama aku dan Abu Bakr menuju ke Mina. Sehinggalah kami sampai ke sebuah majlis daripada majlis-majlis golongan Arab tersebut. Kemudian Abu Bakr berdepan dengan mereka, lalu beliau memberikan salam. Abu Bakr memang dalam setiap ketika beliau selalu ke hadapan, dan beliau merupakan seorang lelaki yang sangat berpengetahuan tentang nasab (keturunan). Lalu beliau berkata: Dari kalangan siapakah kaum ini?…
Hadis ini panjang lebar sehingga mencecah beberapa muka surat.
Dalam hadis ini juga menyebutkan bahawa mereka bertemu dengan sebuah kaum dari kalangan Bani Syaiban, dan Nabi SAW telah mengajak mereka untuk memeluk Islam serta membantu baginda. Kaum tersebut menyambut baik akan ajakan tersebut, namun mereka memohon keuzuran daripada menyambutnya dengan segera kerana sebab yang mereka nyatakan. Lalu Rasulullah SAW berkata: Tidaklah kamu menolak secara buruk apabila kamu telah jelaskan dengan kejujuran. Sesungguhnya tidak akan menegakkan agama Allah melainkan mereka yang meliputkan dirinya dengan agama daripada segenap sudut pada dirinya.
[Riwayat Abu Nu‘aym dalam Dala’il al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6457]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs