Sesiapa yang segera menyebut tahmid (alhamdulillah) ketika dia mendengar orang bersin

TEKS BAHASA ARAB

من بادر العاطس بالحمد؛ عوفي من وجع الخاصرة، ولم يشتك ضرسه أبدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang segera menyebut tahmid (alhamdulillah) ketika dia mendengar orang bersin, maka dia akan diberikan ‘afiyat daripada sakit belakang (badan), serta giginya tidak akan sakit buat selamanya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 237, hadis nombor 1243. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن علي – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((من بادر العاطس بالحمد؛ عوفي من وجع الخاصرة، ولم يشتك ضرسه أبدا)). [طس، ((الضعيفة)) (6139)]

(Munkar)
Daripada ‘Ali RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang segera menyebut tahmid (alhamdulillah) ketika dia mendengar orang bersin, maka dia akan diberikan ‘afiyat daripada sakit belakang (badan), serta giginya tidak akan sakit buat selamanya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6139]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.