Iblis berkata kepada Tuhannya: Wahai Tuhan, sesungguhnya Adam telah diturunkan (ke dunia)

TEKS BAHASA ARAB

قال إبليس لربه: يا رب! قد أهبط آدم، وقد علمت أنه سيكون كتاب ورسل؛ فما كتابهم ورسلهم؟ قال رسلهم الملائكة، والنبيون منهم، وكتبهم التوراة والإِنجيل والزبور والفرقان. قال: فما كتابي؟ قال: كتابك الوشم، وقرآنك الشعر، ورسلك الكهنة، وطعامك ما لا يذكر اسم الله عليه، وَشرابك كل مسكر، وَحديثك (الأصل: وصدقك) الكذب، وبيتك الحمام، ومصائدك النساء، ومؤذنك المزمار، ومسجدك الأسواق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Iblis berkata kepada Tuhannya: Wahai Tuhan, sesungguhnya Adam telah diturunkan (ke dunia) dan aku telah ketahui bahawa akan terdapatnya kitab dan juga para Rasul. Maka apakah kitab mereka dan rasul-rasul mereka? Allah berkata: Rasul-rasul mereka adalah para malaikat, dan juga para Nabi dari kalangan mereka (manusia). Manakala kitab-kitab mereka adalah Taurat, Injil, Zabur, dan al-Furqan. Ia berkata: Apa pula kitabku? Allah menjawab: Kitabmu adalah tatu, bacaan kamu adalah syair, utusan-utusan kamu adalah tukang bomoh, makanan kamu adalah makanan yang tidak dibacakan nama Allah padanya, minuman kamu adalah semua yang memabukkan, ucapan kamu (dalam teks asal: kejujuran kamu) adalah ucapan bohong, rumah kamu adalah tandas, alat perangkap kamu adalah golongan perempuan, tukang azan kamu adalah seruling, dan masjid bagi kamu adalah pasar-pasar.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 233, hadis nombor 1237. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((قال إبليس لربه: يا رب! قد أهبط آدم، وقد علمت أنه سيكون كتاب ورسل؛ فما كتابهم ورسلهم؟ قال رسلهم الملائكة، والنبيون منهم، وكتبهم التوراة والإِنجيل والزبور والفرقان. قال: فما كتابي؟ قال: كتابك الوشم، وقرآنك الشعر، ورسلك الكهنة، وطعامك ما لا يذكر اسم الله عليه، وَشرابك كل مسكر، وَحديثك (الأصل: وصدقك) الكذب، وبيتك الحمام، ومصائدك النساء، ومؤذنك المزمار، ومسجدك الأسواق)). [طب، حل، ((الضعيفة)) (6055)]

(Munkar)
Daripada Ibn ‘Abbas RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Iblis berkata kepada Tuhannya: Wahai Tuhan, sesungguhnya Adam telah diturunkan (ke dunia) dan aku telah ketahui bahawa akan terdapatnya kitab dan juga para Rasul. Maka apakah kitab mereka dan rasul-rasul mereka? Allah berkata: Rasul-rasul mereka adalah para malaikat, dan juga para Nabi dari kalangan mereka (manusia). Manakala kitab-kitab mereka adalah Taurat, Injil, Zabur, dan al-Furqan. Ia berkata: Apa pula kitabku ? Allah menjawab: Kitabmu adalah tatu, bacaan kamu adalah syair, utusan-utusan kamu adalah tukang bomoh, makanan kamu adalah makanan yang tidak dibacakan nama Allah padanya, minuman kamu adalah semua yang memabukkan, ucapan kamu (dalam teks asal: kejujuran kamu) adalah ucapan bohong, rumah kamu adalah tandas, alat perangkap kamu adalah golongan perempuan, tukang azan kamu adalah seruling, dan masjid bagi kamu adalah pasar-pasar.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, dan Abu Nu'aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6055]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.