Kesemua makhluk adalah tanggungan Allah

TEKS BAHASA ARAB

الخلق كلهم عيال الله فأحبهم إلى الله أنفعهم لعياله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kesemua makhluk adalah tanggungan Allah. Oleh sebab itu, mereka yang paling Allah cintai adalah orang yang banyak memberikan manfaat kepada tanggungan-Nya.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 12, hadis nombor 120. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف جدا.
أخرجه أبو يعلى (ج6/ رقم 3315) وابن أبي الدنيا في قضاء الحوائج (ص – 78) والبزار (ج2/ رقم 1949) والحارث بن أبي أسامة في مسنده كما في المطالب (897) وابن عدي في الكامل (7 /2610، 2611) من طرق عن يوسف بن عطية، عن ثابت البناني، عن أنس مرفوعا فذكره. قال الحافظ: تفرد به يوسف، وهو ضعيف جدا.
وقال الهيثمي 8/ 191: فيه يوسف بن عطية، وهو متروك.
وله شاهد من حديث ابن مسعود، رضي الله عنه. أخرجه الطبراني في الكبير (ج 10/رقم 10033) وأبو نعيم في الحلية (2/102) من طريقين عن موسى بن عمير عن الحكم بن عتيبة، عن إبراهيم، عن علقمة، عن عبد الله بن مسعود مرفوعا.
قال أبو نعيم: غريب من حديث الحكم، لم يروه عنه إلا موسى بن عمير.
قلت: وموسى بن عمير كذبه أبو حاتم وقال: ذاهب الحديث. وقد رواه عن موسى بن عمير اثنان من الضعفاء:
أحدهما: جبارة بن المغلس.
والثاني: إسحاق بن كعب.
وقد اختلف في إسناده. فأخرجه ابن عدي في الكامل (6/2340) والخطيب (6/334) من طريق جبارة وإسحاق كليهما عن موسى بن عمير عن الحكم، عن إبراهيم عن الأسود بن يزيد، عن ابن مسعود مرفوعا.
فصار شيخ إبراهيم فيه: الأسود بدل علقمة وتابعهما النضر بن سعيد، ثنا موسى بن عمران به. فجعل شيخ إبراهيم هو: الأسود.
أخرجه أبو نعيم (4/ 237) . والنضر بن سعيد ضعفه ابن نافع.
فالظاهر أن الاختلاف هو من موسى بن عمير هذا وله طريق آخر عن ابن مسعود.
أخرجه ابن عدي في الكامل (5/ 1810) من طريق عثمان بن عبد الرحمن عن حماد بن أبي سليمان عن شقيق عن ابن مسعود مرفوعا: الخلق عيال الله، فأحب عياله، ألطفهم بأهله.
قلت: وعثمان بن عبد الرحمن وهاه أبو حاتم وجهله البخاري. وقال ابن عدي: عامة أحاديثه لا يوافقه عليه الثقات، وله غير ما ذكرت وعامة ما يرويه مناكير، إما إسناد وإما متنا.

Dha’if Jiddan (Sangat lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abu Ya’la (juz 6/hadith : 3315), Ibn Abi al-Dunya dalam Qadha’ al-Hawa’ij (hlmn 78), al-Bazzar (juz 2/hadith : 1949), al-Harith bin Abi Usamah dalam Musnad beliau – sebagaimana dalam al-Matalib (897) – dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (7/2610, 2611) melalui sanad Yusuf bin ‘Atiyyah daripada Thabit al-Bunani daripada Anas secara marfu’, lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut. Al-Hafiz berkata: "Yusuf bersendirian meriwayatkan hadith tersebut, beliau seorang yang terlalu dha’if". Al-Haythami (8/191) berkata: "Dalam sanadnya terdapat Yusuf bin ‘Atiyyah, beliau seorang yang Matruk".
Hadith tersebut adalah sokongan melalui hadith Ibn Mas’ud r.a. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 10/hadith : 10033), dan Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (2/102) melalui dua sanad daripada Musa bin ‘Umair daripada al-Hakam bin ‘Utaibah daripada Ibrahim daripada ‘Alqamah daripada Abd Allah bin Mas’ud secara marfu’. Abu Nu’aim berkata: "Gharib melalui hadith al-Hakam, tidak ada yang meriwayatkan daripada beliau selain Musa bin ‘Umair".
Saya berkata: Musa bin ‘Umair telah dinilai sebagai pendusta oleh Abu Hatim dan beliau juga berkata: "Zahib al-Hadith". Dua perawi dha’if telah meriwayatkan hadith tersebut daripada Musa bin ‘Umair. Pertama: Jubarah bin al-Mughallis. Kedua: Ishaq bin Ka’b. Juga telah berlaku perbezaan riwayat dalam sanadnya. Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (6/2340) dan al-Khatib (6/334) telah meriwayatkan daripada Jubarah dan Ishaq, kedua-duanya daripada Musa bin ‘Umair daripada al-Hakam daripada Ibrahim daripada al-Aswad bin Yazid daripada Ibn Mas’ud secara marfu’. Dalam sanad ini, guru kepada Ibrahim adalah al-Aswad, ganti kepada ‘Alqamah. Jubarah dan Ishaq telah disokong oleh al-Nadhr bin Sa’id, katanya Musa bin ‘Imran telah menceritakan kepada kami dengan sanad beliau. Al-Nadr menyebutkan guru kepada Ibrahim sebagai al-Aswad. Ianya telah dikeluarkan oleh Abu Nu’aim (4/237). Al-Nadr bin Sa’id telah dinilai dha’if oleh Ibn Nafi’.
Zahirnya, perbezaan tersebut berpunca daripada Musa bin ‘Umair ini. Riwayat beliau adalah satu lagi sanad lain daripada Ibn Mas’ud. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (5/1810) melalui sanad ‘Uthman bin ‘Abd al-Rahman daripada Hammad bin Abi Sulayman daripada Shaqiq daripada Ibn Mas’ud secara marfu’: "Kesemua makhluk adalah tanggungan Allah, tanggunganNya yang paling Dia cintai adalah yang paling berlemah lembut terhadap isterinya".
Saya berkata: ‘Uthman bin ‘Abd al-Rahman telah dinilai lemah oleh Abu Hatim dan al-Bukhari menilai beliau sebagai majhul. Ibn ‘Adi pula berkata: "Keseluruhan hadith-hadith beliau tidak menepati hadith perawi-perawi thiqah. Beliau mempunyai hadith yang yang saya tidak sebutkan. Keseluruhan yang beliau riwayatkan adalah munkar samada pada sanad mahupun matan".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.