Aku menghadapkan wajahku kepada Zat yang telah menciptakan langit dan bumi dalam keadaan lurus (lagi) berserah diri

TEKS BAHASA ARAB

وجهت وجهي للذي فطر السماوات والأرض حنيفاً مسلماً -: اللهم! لك الحمد، أنت نور السماوات والأرض ومن فيهن، أنت الحق …

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Aku menghadapkan wajahku kepada Zat yang telah menciptakan langit dan bumi dalam keadaan lurus (lagi) berserah diri.” Nabi SAW pun membaca: “Ya Allah! segala puji hanya milik-Mu, wahai Zat penerang langit, bumi, serta yang terkandung di dalamnya, Engkaulah Zat yang Maha benar.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1501, hadis nombor 7656. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- قال: ((كان رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول – بعد التكبير وبعد أن يقول: وجهت وجهي للذي فطر السماوات والأرض حنيفاً مسلماً -: اللهم! لك الحمد، أنت نور السماوات والأرض ومن فيهن، أنت الحق … )). [طب، ((الضعيفة)) (5378)].

(Lemah)
Daripada Ibn Abbas R.anhuma, beliau berkata: Selepas takbir dan selepas membaca: “Aku menghadapkan wajahku kepada Zat yang telah menciptakan langit dan bumi dalam keadaan lurus (lagi) berserah diri,” Nabi SAW kebiasannya membaca: “Ya Allah! segala puji hanya milik-Mu, wahai Zat penerang langit, bumi, serta apa yang terkandung di dalamnya, Engkaulah Zat yang Maha benar.”
[Riwayat al-Tabarani di dalam al-Kabir, Silsilah al-Da’ifah no. 5378].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.