Syiar umatku ketika mereka diletakkan atas titian Sirat

TEKS BAHASA ARAB

شعار أمتي إذا حملوا على الصراط: ((لا إله إلا أنت)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Syiar (iaitu slogan) umatku ketika mereka diletakkan atas titian Sirat adalah: ‘Tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 11, hadis nombor 117. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف جداً.
أخرجه الطبراني في الأوسط (ج 1/رقم 160) وفي الدعاء (ج 7/ق 171/2) قال: حدثنا أحمد بن يحيى بن خالد بن حبان قال: حدثنا عبدوس بن محمد المصري قال: حدثنا منصور بن عمار ثنا ابن لهيعه عن أبي قبيل عن عبد الله بن عمرو مرفوعا فذكره.
قال الهيثمي في المجمع (10/359) : رواه الطبراني في الكبير و الأوسط وفيه من وثق على ضعفه وعبدوس بن محمد لم أعرفه. وتبعه المناوي في الفيض (4/161) ولكنه وسع عبارة الهيثمي فقال وعبدوس بن محمد لا يعرف.
قلت: وهذا سند ضعيف جداً وفيه علل:
شيخ الطبراني، لم أهتد إليه، سوى أنه من الرواة عن الأمام أحمد – كما في طبقات الحنابلة (1/84) عبدوس بن محمد المصري قال الهيثمي: لم أعرفه. وقد ترجمه الخطيب في التاريخ (11/115) وحكى عن ابن يونس أنه قال: عبدوس بن محمد القاص، بغدادي قدم مصر وكان يقص بها وكتبت عنه ولم يذكر فيه جرحاً ولا تعديلاً. منصور بن عمار، قال أبو حاتم: ليس بالقوي. وقال ابن عدي: منكر الحديث. وقال الذهبي: وأحاديثه تدل على أنه واه.
عبد الله بن لهيعه الكلام فيه مشهور. خلاصته أن روايته ضعيفة إذ لم يرو عنه أحد الذين سمعوا منه قديماً.

Dha’if Jiddan (Sangat lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Awsat (juz 1/hadith : 160), juga dalam al-Du’a (juz 7/hlm. 171/2), katanya Ahmad bin Khalid bin Hibban telah menceritakan kepada kami, katanya ‘Abdus bin Muhammad al-Misri telah menceritakan kepada kami, katanya Mansur bin ‘Ammar telah menceritakan kepada kami, katanya Ibn Lahi’ah telah menceritakan kepada kami daripada Abu Qabil daripada Abd Allah bin ‘Umar secara marfu’, lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut.
Al-Haythami dalam al-Majma’ (10/359) berkata: "al-Tabarani telah meriwayatkannya dalam al-Kabir dan al-Awsat, dalam sanadnya terdapat perawi yang dinilai thiqah sekalipun dha’if. ‘Abdus bin Muhammad saya tidak mengenali beliau". Kenyataan Al-Haythami diikuti oleh al-Munawi dalam al-Faidh (4/161), namun beliau telah memperluaskan ungkapan al-Haythami, kata al-Munawi: "Dan ‘Abdus bin Muhammad tidak dikenali".
Saya berkata: Sanad ini terlalu dha’if. Dalam sanadnya terdapat beberapa kecacatan iaitu; guru kepada al-Tabarani, saya tidak menemui tentang beliau selain beliau adalah salah seorang perawi yang meriwayatkan daripada al-Imam Ahmad – sebagaimana dalam Tabaqat al-Hanabilah (1/84). ‘Abdus bin Muhammad al-Misri pula, al-Haythami berkata: "Saya tidak mengenali beliau". Al-Khatib telah membuat biografi beliau dalam al-Tarikh (11/115). Al-Khatib menukilkan daripada Ibn Yunus bahawa beliau berkata: "’Abdus bin Muhammad al-Qas (tukang cerita), penduduk Baghdad, beliau datang ke Mesir dan menyampaikan berita tentangnya, seraya ditulis daripada beliau". Namun, tidak disebutkan samada kritikan mahupun pujian terhadap beliau.
Mansur bin ‘Ammar, Abu Hatim berkata: "Beliau tidak kuat". Ibn ‘Adi berkata: "Munkar al-Hadith". Al-Zahabi pula berkata: "Hadith-hadith beliau menunjukkan bahawa beliau seorang Wahin (Terlalu Lemah)". Abd Allah bin Lahi’ah, perbahasan tentang beliau adalah masyhur. Kesimpulannya, riwayat beliau adalah dha’if, kerana tidak ada seorang pun perawi yang awal-awal mendengar daripada Ibn Lahi’ah yang meriwayatkan hadith daripada beliau. Hadith tersebut telah diriwayatkan dengan lafaz lain, iaitu (merujuk hadith berikutnya).

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs