Kemakrufan itu berlegar sekitar tangan 100 orang lelaki

TEKS BAHASA ARAB

يدور المعروف على يدي مئة رجل، آخرهم فيه كأولهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kemakrufan itu berlegar sekitar tangan 100 orang lelaki. Yang terakhir daripada kalangan mereka sama seperti yang terawal daripada kalangan mereka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 94, hadis nombor 484. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أنس بن مالك -رضي الله عنه – رفعه: يدور المعروف على يدي مئة رجل، آخرهم فيه كأولهم.
[ابن شاهين، فر، ((الضعيفة)) (4828)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas ibn Mālik RA, beliau memarfū‘kannya (menyandarkannya kepada Nabi SAW): “Kemakrufan itu berlegar sekitar tangan 100 orang lelaki. Yang terakhir daripada kalangan mereka sama seperti yang terawal daripada kalangan mereka.”
[Diriwayatkan oleh Ibn Shāhīn dalam al-Targhīb dan al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4828]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs