Apabila kamu telah melihat daripada saudara kamu tiga ciri

TEKS BAHASA ARAB

إذا رأيت من أخيك ثلاث خصال؛ فارجه: الحياء، والأمانة، والصدق، وإذا لم ترها منه؛ فلا ترجه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu telah melihat daripada saudara kamu tiga ciri, maka berharaplah kepadanya: Perasaan malu, amanah, dan jujur. Namun apabila kamu tidak melihatnya pada dirinya, maka janganlah berharap kepadanya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 94, hadis nombor 486. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا رأيت من أخيك ثلاث خصال؛ فارجه: الحياء، والأمانة، والصدق. وإذا لم ترها منه؛ فلا ترجه. [عد، ((الضعيفة)) (5398)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Apabila kamu telah melihat daripada saudara kamu tiga ciri, maka berharaplah kepadanya: Perasaan malu, amanah, dan jujur. Namun apabila kamu tidak melihatnya pada dirinya, maka janganlah berharap kepadanya.’’
[Diriwayatkan oleh Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5398]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs