Anak perempuan kamu akan dikembalikan kepada kamu

TEKS BAHASA ARAB

يا سراقة ! ألا أدلك على أعظم الصدقة – أو: من أعظم الصدقة -؟! قال: بلى يا رسول الله! قال: ابنتك مردودة إليك، ليس لها كاسب غيرك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Surāqah! Mahukah aku tunjukkan kepada kamu akan sedekah yang paling agung – atau antara sedekah yang agung? Beliau telah berkata: Ya, wahai Rasulullah. Baginda SAW telah berkata: ‘’Anak perempuan kamu akan dikembalikan kepada kamu. Tidak ada baginya pencari rezeki selain kamu’’.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 94, hadis nombor 483. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سراقة بن مالك – رضي الله عنه – أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال له: يا سراقة ! ألا أدلك على أعظم الصدقة – أو: من أعظم الصدقة -؟! قال: بلى يا رسول الله! قال: ابنتك مردودة إليك، ليس لها كاسب غيرك.
[ه، حم، خد، ((الضعيفة)) (4822)]

(Lemah)
Daripada Surāqah ibn Mālik RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya: Wahai Surāqah! Mahukah aku tunjukkan kepada kamu akan sedekah yang paling agung – atau antara sedekah yang agung? Beliau telah berkata: Ya, wahai Rasulullah. Baginda SAW telah berkata: ‘’Anak perempuan kamu akan dikembalikan kepada kamu. Tidak ada baginya pencari rezeki selain kamu’’.
[Diriwayatkan oleh al-Bukhārī dalam al-Adab al-Mufrad, Ibn Mājah, Aḥmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4822]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs