Keluargaku seperti bintang-bintang, mana-mana dari kalangan mereka yang kamu ikut, maka kamu akan diberikan petunjuk

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أهل بيتي كالنجوم، بأيهم اقتديتم اهتديتم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Keluargaku seperti bintang-bintang, mana-mana dari kalangan mereka yang kamu ikut, maka kamu akan diberikan petunjuk.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 397, hadis nombor 133. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في المختصر: هو من نسخة نبيط المكذوبة.

Dia berkata dalam al-Mukhtasar: Ia adalah daripada manuskrip Nubait yang dipalsukan.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.