TEKS BAHASA ARAB
حديث: يا عائشة أنت أطيب من اللبن بالتمر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Wahai ‘Aisyah engkau lebih baik daripada susu yang dicampurkan dengan kurma.
STATUS
Tidak sahih
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 399, hadis nombor 138. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وفي لفظ: أنت أحب إلى من الزبد بالعسل. قيل: لا يصح، وفي إسناده: رجلان ليسا بشيء.
Ada lafaz: Engkau lebih aku sukai daripada mentega dengan madu. Dikatakan: Tidak sahih. Pada sanadnya terdapat dua orang perawi yang tiada suatu apapun (tidak boleh dijadikan hujah).
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.