Kahwinilah anak perempuan Abu Bakar

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن الله يقول لك: تزوج ابنة أبي بكر، فمضى عليه، فقال: يا أبا بكر: إن الله أمرني أن أتزوج هذه الجارية، وهي عائشة، فتزوجها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Allah berkata kepada kamu: Kahwinilah anak perempuan Abu Bakar. Lalu baginda melaksanakannya dan bersabda: Wahai Abu Bakar, Allah telah memerintahkan aku untuk mengahwini gadis ini iaitu ‘Aisyah. Lalu Nabi mengahwininya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 398, hadis nombor 136. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الخطيب: رجاله ثقات، غير محمد بن الحسن الأزهري، ونراه من عمله، وقال في الميزان: هذا كذب.

Al-Khatib berkata: Perawinya adalah thiqah, kecuali Muhammad bin al-Hasan al-Azhari. Kami berpendapat ini adalah daripada perbuatannya. Dia berkata dalam al-Mizan: Ini adalah dusta.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.