Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka dia berada pada jalan Allah sehingga dia pulang

TEKS BAHASA ARAB

من خرج في طلب العلم، فهو في سبيل الله حتى يرجع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka dia berada pada jalan Allah sehingga dia pulang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 23, hadis nombor 5. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف من طريق نصر بن علي الجهضمي، حدثنا خالد بن يزيد اللؤلؤي، عن أبي جعفر الرازي، عن الربيع بن أنس عن أنس بن مالك مرفوعاً فذكره. قال الطبراني: لا يروي عن أنس إلا بهذا الإسناد، تفرد به أبو جعفر الرازي وخالد بن يزيد.
قلت: خالد بن يزيد قال أبو زرعة: لا بأس به . ولكن قال العقيلي: لا يتابع على كثير من حديثه. وأبو جعفر الرازي سيئ الحفظ كما قدمت قبل ذلك في حديث القنوت: قال الترمذي: حديث حسن غريب، وقد رواه بعضهم فلم يرفعه أ. هـ‍. وهذا أحد أوجه ضعفه أيضاً. والله أعلم.

Dha’if melalui sanad Nasr bin ‘Ali al-Jahdhami, katanya: “Khalid bin Yazid al-Lu’lu’ie telah menceritakan kepada kami daripada Abi Ja’far al-Razi daripada al-Rabi’ bin Anas daripada Anas bin Malik secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut”. Al-Tabarani berkata: “Tidak diriwayatkan daripada Anas melainkan dengan sanad ini. Abu Ja’far al-Razi dan Khalid bin Yazid telah bersendirian meriwayatkannya”.
Saya berkata: Khalid bin Yazid, Abu Zur’ah berkata: “Beliau tidak ada masalah”. Namun, al-‘Uqaili berkata: “Banyak hadith-hadith beliau yang tidak ada sokongan”. Abu Ja’far al-Razi seorang yang buruk hafalannya sebagaimana yang telah saya kemukakan sebelum ini berkenaan hadith qunut. Al-Tirmizi berkata: Hadith hasan gharib. Sebahagian mereka telah meriwayatkannya, namun tidak meriwayatkan secara marfu’. Ini juga adalah salah satu sudut dha’ifnya hadith tersebut. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs